Noor Farhan Penampilan Terbarunya Bekas Suami Abby Abadi

Kisah kertakan rumahtangga Noor Farhan dan Abby Abadi pernah menjadi bualan hangat pada peminat di malaysia dahulu. Selepas mereka berdua berpisah dan masalah pun reda, Noor Farhan kini telah giat menceburi bidang seni untuk meneruskan pencarian rezeki.

Katanya “Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.”

“Tambahnya lagi, Farhan kini dah pun mencuba bidang modeling pengiklanan dan juga dalam bidang lakonan setelah ia dapat dorongan dan galakkan dari kawan-kawannya.”

Berkata lagi permulaannya bila“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya,”

Di tanya “Soal status bukan subjek utama kerana ini adalah soal jodoh yang ditentukan oleh Allah.  Alhamdulillah keluarga menerima dan merestui perhubungan kami biarpun mengetahui bakal isteri adalah ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Farhan pernah pun berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada Julai 2013 sebelum dia berpisah secara rasmi pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya 11 bulan hidup bersama.

Kini, Farhan juga berharap perkahwinan kali keduanya ini berkekalan.

Pada itu, Farhan juga berkata, dia telah terbuka hati untuk berkahwin buat kali kedua selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Noriah. Jelasnya, wanita itu dianggap istimewa oleh kerana menghormatinya sebagai seorang lelaki dan selain itu mempunyai keperibadiannya yang sempurna.

“Dia pandai mengambil hati saya serta keluarga selain itu dia pandai memasak. Bagi saya bukan soal cepat atau pun lambat tetapi tidak mahu melengah-lengahkan perkara baik dan Noriah adalah pilihan terbaik,” katanya.

Sementara itu, Farhan berkata, seperti mana harapan pasangan lain, dia berharap perkahwinan kali kedua ini adalah yang terakhir selain mengakui kesilapan lalu banyak mengajarnya supaya lebih matang dalam melayari rumah tangga.

“Apa yang saya harapkan apa yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang dan perkahwinan kali kedua ini akan kekal bahagia,” ujarnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 21 Mac.

Dalam perkembangan lain, Farhan berkata, dia masih belum berputus asa untuk mengejar impiannya bergelar pelakon dan masih menanti tawaran daripada produksi.

Bagaimanapun dia sedar bukan mudah untuk melangkah dalam bidang itu dan bersedia untuk memulakan kariernya dari bawah.

Semoga Farhan berjaya dengan apa bidang yg dia ceburi…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya limau madu press. Terima Kasih!

Sumber: monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*