Rakyat Ini Sangat Bertuah Kerana Dalam Group Whatsapp Adanya YDP Ag0ng

JIka dapat mendampingi se-seorang yang punyai dar4h keturunan diraja yang kini akhirnya ditakdirkan menjadi YD P Ag0ng pastinya memberi suatu kenangan yang amat manis serta cukup berharga. Apatah lagi menjadi sahabat karib ketika zaman kecil dan melakukan pelbagai aktiviti bersama sama seperti mana kanak-kanak lain membesar.

Inilah yang dapat digambarkan oleh se-orang lelaki rakyat biasa berusia 60 tahun ini. Tentu ramai yang mengimpikan peluang itu menjadi sahabat kepada putera raja namun disebabkan sifat Al Sultan Abdullah yang pendiam dan pemalu ketika itu, baginda cuma rapat dengan sebahagian rakannya sahaja.

Kini,  siapa sangka individu tersebut mempunyai kumpulan WhatsApp yang hanya terdapat tiga individu di dalamnya termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seorang lagi ialah rakan dari sekolah yang sama iaitu Datuk Shahruzzaman Adam.

Badarudin (kiri) masih berkawan baik dengan Al-Sultan Abdullah sehingga kini.

Kadang-kadang Tuanku akan panggil saya menghadap. Apabila berjumpa akan keluar pelbagai cerita kenangan kami sewaktu bersekolah dahulu.”

Sepanjang mengenalinya, Tuanku seorang pendiam tetapi aktif dan lasak. Perwatakannya sama seperti orang kebanyakan, bergaul tanpa rasa janggal dengan rakan sebaya lain.

Itulah keistimewaan yang ada pada Badaruddin Adnan dimana beliau bersahabat baik dengan Seri Paduka Baginda dan sama sama sekolah di Sekolah Rendah Ahmad, Pekan bermula darjah satu hingga empat.

Kata Badaruddin, perwatakan merendah diri Al-Sultan Abdullah terserlah dari sejak di bangku sekolah dan tidak membatasi pergaulannya.

Sebenarnya, Baginda amat minat pada sukan bola sepak dan tuanku pernah dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah. Saya ingatan saya masih segar lagi, apabila habis jer sesi persekolahan Tuanku akan pulang bersantap sebelum ambil saya di rumah di Pekan Lama dan bermain di Istana Mangga Tunggal,” ceritanya.

Melihat, kelasakan Al-Sultan Abdullah ketika zaman kanak-kanak turut mengimbau juga kenangan Badarudin. Dimana beliau sendiri pernah melihat Seri Paduka Baginda memanjat pokok rambutan di hadapan istana, Baginda terjatuh lalu sikunya terkehel.

Pada waktu ketika itu, Sultan Abdullah memanjat pokok rambutan sebab nak ‘show-off’ dekat kami. Baginda buat ‘stunt’ bergayut sangkut kaki pada dahan pokok dan lepas tangan (macam kelawar).

Saya dan beberapa kawan yang ada di situ melarikan diri kerana bimbang dimarahi Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang ketika itu menjadi Tengku Mahkota Pahang,” ceritanya mengenang kisah lucu itu.

Sampai sekaranglah baginda masih ‘bukak cerita’ pasal kenangan tu. Mungkin sebab tak puas hati kami tinggalkan baginda seorang diri ketika itu,” kongsinya sambil tertawa mengingati memori indah bersama baginda ketika kecil dahulu.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*