Satu Dalam Berjuta, Wanita Ini Kongsi Kisah Manisnya Berp0ligami! ‘Saya Terus Melamar Beliau Menjadi Madu’

Pol1gami sering kali menjadi topik perbincangan yang sangat menarik buat kaum lelaki tetapi sebaliknya tidak bagi kebanyakan wanita. Namun, masih ada juga dalam kalangan wanita yang menerima baik kehidupan berpol1gami ini, kerana mereka yakin akan manfaat dan kelebihan kehidupan berpol1gami.

Menerusi Facebook Khazatul Atiqah, wanita ini kongsi detik pertemuannya dengan bakal madu dan bagaimana dia menerima kehidupan berpol1gami.

Sesungguhnya cantik aturan Tuhan. Saya pernah men0lak pol1gami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan pol1gami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat pol1gami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mertua ada 3 orang isteri, di mana arw4h ibu adalah isteri pertama.

Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mertua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga pol1gami yang harmoni.

Saya sudah berniat cuma belum ketemu calonnya. Misi pencarian juga kurang serius dan dalam masa sama, sibuk dengan urusan mendatang dan hal perniagaan.

Sehinggalah Allah meng3tuk hati saya, di mana saat kandungan anak ke-5 memasuki 4 bulan (April 2019) saya mengalami kesak1tan seperti kontr4ksi bersalin dan sak1t nyer1-nyer1 sekitar tulang pungggung dan peha sehinggakan sak1t untuk bergerak dan sukar berjalan mahupun berdiri lama.

Sekadar gambar hiasan

Keadaan makin tervk sampaikan saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Semakin hari semakin sak1t dan saya hampir kemurvngan. Saya terkenangkan apa akan jadi pada suami dan anak-anak saya kiranya sesuatu yang burvk menimpa saya.

Sungguh hati saya sed1h dan diruntun p1lu. Di sini timbul perasaan, saya kena usahakan untuk mencari seseorang yang boleh menjaga keluarga saya kiranya apa-apa yang tidak diingini terjadi pada saya. Ya, pol1gami adalah antara jalan terbaik.

Lagi-lagi melihat tuan suami yang tidak jemu melayan saya ketika saya sak1t, tanpa rungvtan, sentiasa dengan senyuman manisnya menguruskan saya, anak-anak, rumahtangga dan juga perniagaan kami.

Pejabat kami yang terletak di tingkat 3 dan suami kebanyakkannya mendukung saya naik dan turun berulang-alik mengikut beliau ke pejabat semata tidak mahu saya kemurvngan tinggal di rumah seorang diri.

Sekadar gambar hiasan

Mempunyai seorang suami yang sangat baik hatinya, penyayang dan sangat mengambil berat sememangnya anugerah buat saya. Saya berusaha dan sangat mencuba untuk menjadi isteri terbaik yang sentiasa dapat memberikan tip top service dari semua segi kepada suami namun ya, saya juga perempuan biasa yang mudah kal4h dengan n4fsu dan terd0rong ikut em0si sendiri.

Kasihan pada suami yang sangat baik pada kita, tapi kadang kala kita buat acuh tak acuh, layan suami ikut mood, tarik muka mencuk4 jika ada yang tak kena, belum lagi dengan layanan yang serba serbi kurang tapi diri kita pula merasakan yaaa aku dah bagi terbaik dan cukup dah sebab suami memang kita punya pun.

Sedangkan Allah cipta suami sebagai jambatan menuju akhirat. Suami Allah letakkan martabatnya tinggi hingga Nabi bersabda, jika ada manusia selain Allah yang patut disembah, ia adalah isteri menyembah suaminya. Lalu mana hak isteri untuk memperlek3h suami? Sedangkan berkat dan redha suami sangat penting buat seorang isteri. Jika diri sudah mengenali hakikat n4fsu, kenapalah n4fsu itu mahu disubur dan diberi muka lagi?

Sekadar gambar hiasan

Bagi diri saya pula? Pol1gami adalah ubat untuk n4fsu wanita sememangnya. Kita akan jadi sentiasa sedar diri, sentiasa mahu berikan yang terbaik, lebih bergantung banyak pada Allah dan banyak lagi.

Belum pula manfaat kita boleh bergilir-gilir dengan madu untuk sentiasa beri yang terbaik pada suami, anak-anak akan dapat kasih sayang yang lebih banyak disebabkan bilangan ibu yang bertambah, urusan rumahtangga juga lebih mudah inshaAllah.

Saya mengenali madu saya Nur Fathonah Abdul Rahim di antara circle kawan-kawan sekolah dan beliau mempunyai bisnes mobile Spa dan saya secara tak langsung mengenalinya melalui komen-komen di Facebook di kalangan circle kawan-kawan yang sama dan kami mula menjadi sahabat alam maya lebih kurang dua-tiga tahun lepas.

Kami kemudiannya berjumpa di satu majlis makan-makan pada tahun lepas dan itu kali pertama saya melihatnya secara peribadi dan hati tidak habis memuji kecantikannya.

Sekadar gambar hiasan

Kami kemudiannya mula berhubung melalui WhatsApp kerana saya berniat untuk mengambil perkhidmatan mobile Spa beliau tapi belum berkesempatan.

Sehinggalah pada satu hari saya menjemput beliau ke perjumpaan BNI (Business Networking International) yang menghubungkan usahawan-usahawan untuk membantu sesama mereka dalam berkongsi rezeki perniagaan. Di hari itu juga saya dikejvtkan dengan keadaan sebenar yang rupanya beliau adalah single mom yang bekerja keras menguruskan 2 orang anaknya.

Tapi beliau berpesan untuk tidak memberi tahu sesiapa kerana sangat sedikit yang mengetahui status sebenar beliau dan sebolehnya beliau sorokkan dan tidak war-warkan kerana bimbang ada yang mengambil kesempatan.

Saya pula saat mendengar statusnya terus terpacul di mulut saya, Jom jadi madu saya! tapi dalam hati saya di waktu itu eh eh biar betul aku ni! Yang kelakarnya, beliau juga terkejut dengan dirinya yang tiba-tiba mahu mended4hkan statusnya pada saya sedangkan beliau seorang yang sangat sensit1f dan sangat merahsi4kan statusnya daripada diketahui orang.

Kami kemudiannya berp1sah pada hari tersebut dengan masing-masing pel1k dengan diri masing-masing.

Sekadar gambar hiasan

Kami terus berhubung melalui WhatsApp bertanya khabar sedikit sebanyak walaupun nampak beliau sepertinya mengel4k dari saya atas sebab ajakan menjadi madu. Saya pula saat itu belum benar-benar serius memikirkan pol1gami atas sebab kesibukan kerja dan perniagaan.

Saat saya j4tuh sak1t merupakan saat yang saya benar-benar memikirkan hal pol1gami lalu bila tibanya Ramadhan tahun ini, atas keberkatan bulan tersebut saya seperti diberí satu kekuatan luar biasa dan alhamdulillah kesihatan saya pulih sedia kala.

Ada 2 orang calon yang saya approach dan kedua-duanya men0lak dan hati saya juga berasa tidak kena dari beberapa segi. Hingga satu saat saya mer1ntih-r1ntih meminta pada Tuhan agar dijent1k hati saya pada orang yang saya cari lalu saya teringatkan Nur Fathonah.

Saya segera menghantar WhatsApp mahu berjumpa keesokan harinya. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk berjumpa walaupun saya memberi hint mengenai availability beliau kerana saya masih mencari calon madu.

Saat berjumpa merupakan saat saya menceritakan pandangan saya mengenai pol1gami sambil meluahkan impian dan hasrat saya dan saya terus mel4mar beliau menjadi madu dan memohon beliau untuk jangan terus men0lak, ambil masa untuk fikirkan terlebih dahulu dan mohon panduan dan petunjuk dariNya melalui solat istikharah.

Sekadar gambar hiasan

Saya kemudiannya menyatakan hasrat saya pada suami dan bercerita tentang calon yang saya rasakan, inilah orangnya! Sebelum ini suami juga tahu keinginan saya dan kami banyak kali berbincang mengenai corak pol1gami bagaimana yang dirasakan sesuai dengan pimpinan dan hasrat hati suami.

Menurut tuan suami, perkara ini perkara besar dan bukan main-main, kerana bebanan t4nggungan j4tuh ke atasnya dan beliau yang akan disoal di depan Tuhan kelak. Tuan suami juga meminta saya berdoa dan memohon panduan dari Tuhan.

Saya juga menghantar nama penuh madu saya (bakal calon di saat itu) kepada dua orang sahabat saya yang berada di Mekah dan minta didoakan namanya di depan Kaabah dan saya menghantar hasrat agar diberikan jawapan kepada persoalan saya.

Hari demi hari kami berhubung dan makin int1m, sedangkan suami hanya mengetahui update dari saya dan setiap hari saya minta didoakan dan moga Allah pandu semua tindakan saya.

Dipendekkan cerita, dengan kuasa Tuhan, alhamdulillah beliau bersetuju menerima lamaran saya. Itu juga setelah berbagai uj1an yang kami hadapi dalam proses persetujuan dari pihak beliau.

Sekadar gambar hiasan

Bagi saya, niat yang baik inshAllah Allah akan bantu permudahkan dan akan diakhiri dengan perkara yang baik. Alhamdulillah suami saya telah selamat diijabkabulkan dengan madu saya dan saya sangat gembira dan bersyukur kerana Allah telah menjawab persoalan saya.

Allah rezekikan suami saya seorang wanita yang baik, sangat menjaga dirinya dan a1bnya, dan mereka direzekikan bercinta selepas kahwin. Indah bukan!

Tujuan saya bercerita, bukanlah untuk menunjuk jauh sekali berbangga. Tapi bagi menjawab persoalan dan mengelak f1tnah atas sebab suami saya upload gambar kami bertiga kelmarin atas sebab-sebab tertentu.

Diharapkan kisah kami menjawab persoalan dan spekulasi ramai terutama kaum keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai yang kami kasihi. Mohon doakan kami sekeluarga yang baik-baik belaka semoga kami sentiasa dalam panduan Allah swt dalam mengamalkan sunnah Rasul dan moga kami kekal sebagai keluarga hingga ke Jannah. Amiinn Ya Rabbalalamiinn.

Sumber: Khazatul Atiqah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*