Shima Reda Termasuk Golongan Asnaf; Ini Yang Berlaku

Penyanyi popular 90-an, Shima, terp4ksa menerima hakikat apabila diberitahu kini tergolong dalam kategori asnaf oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, mengakui dia terkejut namun, perlu reda menerima kenyataan tersebut.

“Apa lagi yang boleh saya buat selain terima dengan hati yang reda.

“Memang sekarang saya sedang sus4h, tetapi saya yakin, di sebalik setiap ujian Allah ada hikmahnya,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Shima yang kini sedang mender1ta sak1t saraf dan tulang belakang, biarpun begitu, dia tidak pernah meminta-minta daripada masyarakat dan berusaha mencari sumber pendapatan sendiri.

“Sekarang saya belum boleh berniaga nasi campur seperti biasa kerana sedang sak1t dan tidak boleh berdiri lama,” luahnya lagi.

Dalam masa sama, pelantun lagu Teringin ini turut meluahkan hasrat untuk memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada pihak yang boleh membantunya. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*