Yatt Hamzah Pohon, “Tolong D0akan Suami Saya Di Sempadan Gaz4…” Ini Yang Berlaku

PELAKON Yatt Hamzah bersyukur delegasi misi #wakeupforGaz4 yang turut disertai suaminya, Mohd Zulfadhli Khiruddin dan rakan artis yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi tidak ditahan tentera Issrael.

Sebaliknya kata Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 39, misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu terp3rangkap hingga terlepas penerbangan pulang ke Malaysia selepas ditah4n tentera Mesir di pintu sempadan Raf4h sejak Rabu malam.

Menurut Yatt, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya melalui aplikasi Whatsapp bagi memaklumkan keadaan terkini mereka adalah pada pukvl 2 pagi, Khamis.

“Suami hubungi saya pukvl 2 pagi tadi dan menurutnya, selepas ditah4n beberapa jam mereka diarahkan untuk bermalam di sempadan atau berpatah balik ke Gaz4.

“Disebabkan kawasan itu tidak mempunyai apa-apa kelengkapan serta keperluan, mereka terp4ksa kembali ke Gaz4 untuk tidur semalaman dan cuba untuk keluar pagi ini.

Yatt sebelum ini berkongsi keadaan suami dan rakan-rakannya yang ditah4n di pintu Raf4r di laman Instagramnya.

“Sehingga kini, saya masih belum terima apa-apa perkembangan. Mungkin disebabkan kawasan terbabit tidak mempunyai talian untuk dihubungi,” katanya kepada mStar.

Disebabkan penah4nan tersebut, suaminya yang juga Pengarah Media Mapim bersama tujuh sukarelawan termasuk penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Hazwani terlepas penerbangan pulang ke Malaysia.

Mereka yang menyertai misi kemanusiaan #wakeupforGaz4 bagi membantu rakyat Palestin pada 8 Julai lalu sepatutnya pulang dan dijangka sampai ke Malaysia pada pukvl 10.10 malam, Khamis.

Yatt sebelum ini akt1f dalam misi kemanusiaan di Gaz4 memberitahu dia juga pernah ditah4n berpuluh-puluh jam di pintu Raf4h pada 2013.

Heliza dan adiknya, Hazwani antara sukarelawan yang turut ditah4n tentera Mesir.

Sehubungan itu Yatt meminta orang ramai mend0akan keselamatan dan kelancaran urusan suami dan anggota delegasi yang lain agar pulang ke Malaysia dengan selamat.

“Sebelum ini saya pernah melalui situasi yang sama apabila ditah4n berpuluh-puluh jam di pintu Rafah pada 2013 tapi mungkin sekarang, keadaan di sana sudah berbeza.

“Menurut suami, mereka tidak dibenarkan keluar atas faktor cuaca tapi saya sendiri tak pasti apa punca sebenar dan keadaan dekat sana.

“Saya mohon semua pihak sama-sama berd0a agar mereka dapat melepasi sempadan itu dan boleh pulang ke Malaysia dengan selamat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*