Susah Senang Bersama, Bila Farid Di Penj4ra, Diana Danielle Hargai Masa Sementara

KONTR0VERSI membabitkan pelakon Datuk Farid Kamil hingga dij4tuhkan hukvman penj4ra kerana terlibat dengan penyal4hgunaan dad4h mematangkan hubungan rumah tangga yang dibina bersama aktres Datin Diana Danielle.

Menurut Diana, 28, detik-detik h1tam yang berlaku menjadikan dia dan Farid lebih menghargai antara satu sama lain.

“Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menikmati saat gembira bersama.

“Hubungan kami lebih matang, mula menghargai antara satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya. Saya masih ingat apa Hanis Zalikha pernah cakap pada saya dahulu… jika kita hadapi segala dugaan dengan sabar, Allah akan beri sesuatu lebih manis.

“Segala yang berlaku membuatkan kami lebih rapat dan tenang menerima apa sahaja ujian,” katanya.

Diana bahagia bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

Diana ditemui semasa pelancaran produk, pertunjukan fesyen dan anugerah kecemerlangan AS Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukvman penj4ra sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya atas tudvhan dad4h.

Farid dikenakan hukvman penj4ra sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesal4han mengguna dad4h jenis g4nja T3tra Hydrocannnibol (THC), tahun lalu dan telah menjalani hukvman di Penj4ra Kajang selama 35 hari bermula 15 Mei.

Sementara itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini berkata dia bukanlah seorang isteri yang kuat seperti dibayangkan peminat.

Farid dibenarkan menangguhkan hukvman penj4ra sembilan bulan.

Namun, sokongan moral orang sekeliling terutamanya ibu, Norsiah Ramli membuatkan dia menjadi lebih cekal berdepan ujian hidup.

“Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari yang saya terkesan… cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat.

“Kalau orang kata saya kuat sebenarnya tidak! tapi sokongan orang sekeliling ini yang membuatkan saya kuat.

“Saya berterima kasih kepada peminat yang tak jemu memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya.

Terdahulu, Diana berkahwin dengan  Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*