Akhirnya Erra Buka Mulut Tentang Hubungannya Dengan Awet Muda

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai hubungan antara pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi terjawab selepas Erra mengumumkan mereka telah berpisah sejak Januari lalu.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, mereka sudah pun membawa haluan masing-masing namun masih tetap berhubung sebagai rakan.

“Kalau ikutkan dahulu memang kami ada perancangan tersendiri untuk bahagia bersama, namun mungkin takdir Allah hanya sampai di sini sahaja.

“Jadi kami ambil langkah untuk bawa haluan masing-masing, namun masih tetap berhubung sebagai seorang rakan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui selepas sesi fotografi khas di Hotel One City World di sini sebentar tadi.

Akui Erra, dia sebelum ini memang berkawan baik dan selesa di samping Shahir sejak empat tahun lalu namun menerima segala takdir yang telah disusun buatnya.

Punca Sebenar?

Enggan memberitahu apakah punca berlakunya perpisahan tersebut, Erra bagaimanpun mengakui dia langsung tidak kecewa dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai satu aturan dari yang Maha Esa.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan akan mengatasi segalanya.

“Saya langsung tidak berasa sedih dan pada masa sama tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada antara kami,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang popular dengan lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu turut mengesahkan dirinya bakal menunaikan haji hujung bulan depan. 

Cakap nak meminang, tapi tiada… Erra Fazira tak pasti hubungannya dengan Shahir

Sebelum ini, Erra Fazira pernah memberitahu yang dia tidak mengetahui hala tuju hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi walaupun bekas peserta program Akademi Fantasia itu beberapa kali mengeluarkan kenyataan akan menghantar rombongan memimang untuk berkahwin dengannya.

Erra juga memberitahu dia sendiri sudah lama tidak bertemu dengan Shahir namun ada berkomunikasi menerusi panggilan telefon dan mesej.

“Kami tidak berga@duh pun cuma memang sudah agak lama kami tak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon.

p/s: Semoga Erra tabah dan menjumpai peggantinya suatu hari nanti

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

sumber: kosmo 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*