Hanis Zalikha Umum Melupakan Hasrat Untuk Jaga Alisa Secara Sepenuh Masa

Ketika Ini, memilih pengasuh anak yang baik adalah perkara yang amat penting, terutamanya kepada ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain.

Ini kerana, ibu bapa perlu mencari duit untuk menyara keluarga dan anak. Kadang-kadang hati pun rasa tidak tenang apabila membaca mengenai kes pendraan oleh pengasuh dan taska yang semakin berleluasa.

Baru Baru ini, pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha mengakui perlu mengupah seorang pembantu untuk menjaga anak-anaknya kerana sibuk dengan tuntutan kerjanya.

Kata Hanis, dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjaga anak keduanya, Alisa Aisyah secara sepenuh masa seperti yang dilakukan sebelum ini untuk anak pertamanya, Yusuf Iskandar.

Tak sama macam jaga Yusuf

“Untuk anak kedua ini saya harus mengupah seorang pembantu untuk menjaga Alisa kerana sibuk untuk menguruskan kerjaya dan perniagaan.”

“Saya tak dapat menjaga Alisa sama seperti Yusuf dahulu secara sepenuh masa kerana agar sukar menguruskan dua orang anak secara serentak jadi saya harus mempunyai pembantu buat sementara waktu,” katanya kepada wartawan.

Hanis berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kerusi kereta bayi Daiichi, di Happi Kiddo, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara,baru-baru ini.

Hanis dan suaminya, Hairul Azreen telah diijabkabulkan pada tanggal 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Tambah Hanis lagi, dia amat bersyukur pabila telah bertemu seorang pengasuh yang bersesuaian dan berpengalaman untuk menjaga anak-anaknya.

Orangnya baik dan berpelajaran

“Akhirnya saya bertemu dengan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak ketika dalam tempoh bekerja. Orangnya baik, berpelajaran dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat jagaan kanak-kanak sebelum ini,” ujarnya lagi.

Sumber : Astrogmpak

Disini Dik0ngsikan Tips untuk memiilih pengasuh untuk anak-anak kita nanti

Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Pastikan ibu bapa melakukan pemeriksaan teliti dan menemuduga bakal pengasuh beberapa kali sebelum membuat keputusan.
Lakukan pemeriksaan latar belakang. Lakukan kajian sendiri mengenai perkhimatan pengasuh yang berpotensi.
Tanya majikan sebelum ini. Ini akan banyak membantu ibu bapa untuk memilih pengasuh anak yang sesuai.
Tanya mereka soalan bersenario semasa temuduga itu. Dari cara pengasuh menjawab dan bertindak balas, ibu bapa akan tahu serba sedikit mengenai kemahiran dan personaliti pengasuh berpotensi itu.
Percaya dengan naluri diri sendiri. Akhirnya, dengar bisikan hati sendiri. Jangan memilih pengasuh anak jika rasa tidak nyaman hati. Percayalah naluri sendiri, kerana kebanyakkan masanya naluri anda adalah tepat.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: Monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*