Besar Betul Kep4la Kau Bed4l Adik Aku Teruk Teruk Abang Aisyah Azman Buka Mulut Ber4ng

Pelakon Afiq Muiz memberikan am4ran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya.

Afiq yang merupakan abang kandung kepada aktres Aishah Azman memuat naik sekeping foto bersama adiknya itu.

Menariknya, kapsyen foto Afiq bersama adiknya itu seakan menjadi respon terhadap isu putus tunang yang didakwa terjadi kepada Aishah baru-baru ini biarpun Afiq tidak menyatakan sebarang nama.

“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja.

“Yang dua al4m di larang sama sekali. AM4RAN,” tulis Afiq.

Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.

Pelakon filem Mukhsin itu menerima ser4ngan komen ‘tentera bawang’ di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membel4sah bekas tunangnya.

Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

sumber : Astro Gempak

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Afiq Muiz

Biodata

1. Nama lahirnya, Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah, namun menggunakan ‘Afiq Muiz’ sebagai nama komersial

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 1 Mei 1992. Kini berusia 27 tahun (2019).

3. Mempunyai paras ketinggian 1.85 meter.

4. Berpendidikan dalam jurusan Lakonan Dan Seni Persembahan di Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA).

5. Menyertai dunia seni sejak tahun 2010.

6. Mempertaruhkan bakat sebagai pelakon dan model.

7. Adiknya, Aishah Azman juga merupakan pelakon.

8. Memilih kerjaya sebagai model sebelum beralih menjadi aktor.

9. Menarik perhatian sutaradara dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang menawarkannya watak ASP Roslan dalam drama kepolisan Gerak Khas pada tahun 2014 selama dua musim.

10. Pada Ogos 2016, beliau menukar nama pentasnya kepada Muhamad Afiq sebagai simbol kepada ‘kehidupan baharu’ susulan beberapa kontroversi yang menghambat.

11. Lain-lain, beliau turut membintangi drama Duyong Aridinata, Aishiteru, Mimpi Cinderella, Bangkitnya Seorang Perempuan, Ayuni Safira, Memori Cinta Suraya, Cinta Hati Abah, Diaspora Cinta, Awak Sangat Nakal, Menanti Februari, Jodoh-Jodoh Annisa dan banyak lagi.

12. Pembabitan dalam telefilem, antaranya menerusi Si Tudung Tweet, Destinasi Cinta Sara, Diam-Diam Rindu, Hati-Hati Yang Bercinta, Kasut Untuk Ayah, Bunga Lalang, Opah Dot Com, Jasmine, Manja dan Nadi Luna.

13. Di layar perak, Afiq menerajui filem Aku Bukan Pengganas arahan Arjin Uppal. Tidak ketinggalan, teater Gelanggang Tok Wali pada 2011.

14. Pernah bergelar peserta MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua pada 2013.

15. Mendirikan rumah tangga dengan aktres baharu, Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya pada 26 Mac 2019 dalam pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Bangi, Selangor. Mereka terlebih dahulu mengenali hati budi setahun lalu, sebelum mengikat tali pertunangan enam bulan berikutnya.

Foto

Foto: Instagram Afiq Muiz, Aishah Azman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*