Che Ta Nabila Huda Tampil Jadi Pilot Lelaki

Tahniah buat kumpulan yang bertanding pada minggu kelapan program Muzikal Lawak Superstar apabila kesemua mereka layak untuk bersaing ke peringkat separuh akhir minggu hadapan.

Selain kejutan berkenaan, ramai juga yang ‘terkejjut’ dengan penampilan hosnya, Nabila Huda yang tampil dalam imej kapten juru terbang lelaki!

Hadir ke pentas bersama rakan hos, Sherry Al Hadad, rata-rata penonton nyata terhibur dengan penampilan unik Abil dari minggu ke minggu.

Ramai yerkejut dengan penampilan Nabila Huda saling tak tumpah seperti Fattah Amin! Ada peminat menggelarkan bekiau sebagai Fattah Amin celup kerana raut wajah setelah di soIek saling tak tumpah memang sama.

Jika minggu lalu heroin Munnafik ini ‘jadi’ canttik menawwan sebagai Che Ta versi masuk stadium, Abil sekali lagi ‘bertukar’ minggu ini.

“Uish elok betul Anak Pak Amy ni…Cuba imagine Kalau Aku lelaki macamana ek? Comfirm ah abis perempuan dalam genggaman Aku! Hahaahahaha!,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.

Lalu, menerusi ruangan komen, para peminat turut menyatakan rasa teruja selain rakan artis yang dilihat turut sama memberi respon.

Untuk maklumkan, Muzikal Lawak Superstar bersiaran secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Sumber : MH via IGNabilaHuda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*