Dikatakan Guna Kabel Dalam Untuk Jadi Pembaca Berita TV3 Ini Respon Kembar Neelofa Hawa Rizwana

Tuah memiliki raut wajah seiras hos Neelofa menjadi nama Hawa Rizwana pernah viral di laman sosial suatu ketika dulu. Setelah menjalani latihan praktikal di TV3, dia kini berkhidmat sebagai wartawan dan pembaca berita di stesen televisyen itu.

Tempoh hari, ada dakwwaan yang mengaitkan pembabitannya dalam dunia penyiaran sebagai menggunakan ‘kabel’, diIemparkan kepada Hawa dan rakan setugasnya, Zharif Zhafri.

‘Mesti guna orang dalamkah’

Screenshot komen-komen jahat netizen dimuatnaik adik kepada Zharif Zhafri, Zhafir Zhikri yang merupakan anak kepada personaliti TV, Aziz Desa.

Antara dakwwaan netizen termasuklah menggunakan ‘orang dalam’ sebagai batu loncatan bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Respon Hawa

Tidak berdiam diri dengan dakwwaan terbabit, Hawa menerusi Twitternya menangkis tvduhan tersebut dengan meminta pihak berkenaan bertanya kepada pensyarahnya yang bertanggungjawab menghantar dia dan rakan-rakan untuk berpraktikal di TV3.

Untuk rekod, bapa Hawa, Ahmad Redzuan Abdul Rahman merupakan hos Selamat Pagi Malaysia pada era 90-an. Ramai salah faham saat mengetahui berita ini.

Personaliti ini juga memohon netizen tidak meIukakan hati dan memfittnah ayahnya ketika dia mencuba sedaya-upaya untuk membanggakan orang tuanya itu.

Guna idea ayah ketika live

Walau apapun, jika kita ditempat beliau pastinya kita akan meminta tunjuk ajar dari orang yang rapat dalam hidup kita lebih2 lagi jika ianya adalah ayah sendiri.

Sumber: Hawa Rizwana, Zhafir Zhikri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*