Keluarga Mahukan Jawapan Ada Merasakan Sesuatu Yang Berlaku

Keluarga “Kami masih berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku (kepada Nora Anne) dalam tempoh 10 hari itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan serta di muatnaik di Facebook Lucie Blackman Trust, sebuah perbadanan amal yang menguruskan hal ehwal berkaitan media untuk keluarga mangsa.

Walaupun semalam, pihak polis telah mengeluarkan keputusan bed4h siasat dan mengatakan kemati4n Nora tiada unsur-unsur jenay4h, keluarga Nora Anne Quoirin masih percaya yang anak mereka dicul1k dan berazam untuk mendedahkan perkara sebenar.

Memetik MetroUK, peguam ibu bapa Nora, Charles Morel berkata yang keluarga ini masih lagi traum4 dengan kehilangan anak kesayangan mereka ini namun, masih belum menolak untuk meneruskan siasatan jenay4h atas kemati4n anak mereka.

“Dikala bersed1h, mereka sekarang masih sedang mencari punca sebenar kemat1an Nora. Bagaimana ia boleh berlaku, macam mana dia mat1. Nora layak dapat kebenaran ini.”berkata pada pemberita.

Dilihat Ibu bapa Nora kini sedang menunggu keputusan DN4 dan toksik0logi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita perlu berhati-hati dengan tafsiran keputusan autopsi pertama itu. Risikonya, adalah bila mereka terus menafikan hipotesis jenay4h.

“Kami tak mahu pihak media menolak unsur jenay4h hanya dari keputusan autopsi pertama ini. Nora merupakan remaja yang malu dan sangat bergantung pada ibunya. Nora bukan seorang yang berani keluar pada waktu malam apabila pergi ke tempat yang jauh dari rumah, lagi-lagi di dalam hutan.”

Sementara itu, atuk sebelah bapa kandung Nora, Sylvain Quoirin memberitahu media Ireland, ‘beberapa misteri tentang kehilang4n dan kemati4n Nora ini perlu dijawab sebelum mereka boleh redha dengan pemergian Nora.’

Dia tak ada dekat situ (masa pencarian awal). Ada orang letak dia di situ untuk buang dia.”

“Boleh tak anda bayangkan dia berjalan lebih 2km dalam keadaan b0gel dan berkaki ayam, melalui batu pada waktu tengah malam? Pada saya, ia mengarut.”

Menurut atuk Nora lagi, mustahil Nora boleh pergi dengan orang asing kerana Nora akan jadi tak tentu arah bila ibu bapanya tak ada di situ dan sentiasa melekat dengan ibu bapa atau adik-beradiknya.

Peguam keluarga ini juga mengatakan perkara yang lebih kurang sama dengan Sylvain.

“Tempat Nora ditemui adalah 2km dari resort, sangat pelik kalau dia boleh pergi ke sana seorang diri. Jadi kami tak boleh nak menolak perkara ini tiada unsur jenay4h.”

Sementara itu, Lucie Blackman Trust memaklumkan pihak berkuasa Perancis akan terus menjalankan siasatan kerana ia adalah prosedur biasa jika membabitkan rakyat Perancis di luar negara.

Pihak polis berkata Nora dipercayai telah memanjat tingkap resort tersebut namun keluarga Nora berkata yang anak mereka tak akan pergi ke mana-mana seorang diri.

Sebelum ini, keluarga Nora Anne turut memaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjumpa dengan mereka bagi melahirkan rasa simpati atas kehilangan itu.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, polis, pasukan mencari dan menyelamat (SAR), penduduk setempat dan sukarelawan yang membantu mencari Nora Anne.

“Kami akan membawa pulang Nora di mana dia akan disemadikan berhampiran keluarga tersayang di Perancis dan Ireland,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*