Tersebar Rakaman Buruknya perangai kau dik Melepaskan hajat di Dobi

Kurang sopan. Itulah kelakuan remaja perempuan selepas perbuatannya ‘melepaskan hajat’ di kedai dobi layan diri dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Bukit Baru, Melaka, Selasa lalu.

Tindakan remaja berkenaan membuatkan orang ramai Tertanya-tanya di manakah ibu bapa mereka?

Bukan itu sahaja, malah remaja dipercayai berusia belasan tahun turut mengambil baju yang ditinggalkan pelanggan untuk menutup najiis yang dibuang di premis milik Mat Nasir Baba, 65, dalam kejadian 1.50 tengah hari itu.

Menceritakan kejadian itu, Mat Nasir berkata, dia mengesan ada sesuatu tidak kena sebaik melihat CCTV menerusi telefon bimbitnya.

“Pada 6 Ogos, saya ke kedai dobi untuk membuat pemeriksaan sebelum melihat tomp0kan air berdekatan bangku. Saya kemudian memeriksa melalui CCTV dan mendapati ia dilakukan remaja terbabit.

Remaja kerap mundar-mandir

“Lima minit sebelum itu, saya melihat gelagatnya seperti gelisah dan mundar-mandir seperti ada sesuatu tidak kena. Kalau tidak tahan sekali pun, bukan buang di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mat Nasir berkata, dia hairan motif sebenar perbuatan remaja terbabit sedangkan terdapat dua restoran bersebelahan kedai dobi itu.

“Dia boleh tumpang restoran kalau sudah tidak tahan sangat. Ini tidak, buang dekat premis saya, perangai memang tidak senon0h,” katanya sambil memberitahu kedai dobi itu baru beroperasi Mac lalu.

Rakaman video CCTV berdurasi 1:26 saat itu kemudian dimuat naik dalam Facebook Mat Nasir.

Jelas Rakaman menunjukkan mereka melakukannya sekadar hiburan.

Antara komen warganet ialah: “Apa masalah dia nak kenching dekat situ? Takde effort nak cari tandas dekat kedai makan ke apa ke? Dahle kenching dengan pakai seluar. Dari kau buat cantu, better kau pergi cari tandas kot. Ni mesti spesis bila dekat tandas awam kenching tak pam.

“Malu wei…. Mcm xde tandas agaknya..ko pegi la petronas….magkuk punya budak… Malu wei….apa nak jadi la.

“Baik msuk dlm mesin dobi tu kenching smbil pusing2 dlm tu..awaauuu anak sape niii..mana blja dekkk oii.

Katanya lagi, pemeriksaan lanjut CCTV mendapati sejak tiga hari berturut-turut remaja terbabit berlegar di hadapan premis terbabit.

“Pada hari ketiga, saya terserempak dengan remaja terbabit sekitar 7 pagi dan bertanyakan perkara itu. Pada mulanya dia tidak mengaku tapi apabila saya memberitahu perbuatan itu dirakam CCTV, dia terdiam.

“Mukanya puchat dan ketakvtan sebelum beredar dari situ. Orang kurang sivman pun tidak lakukan perbuatan ini,” katanya.

Sumber : HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*