Ucapan Hari Jadi Dari Tengku Hassanal Buat Bonda Tercintaa

Hari pertabalan Yang diPertuan Agong ke 16 jatuh pada 30 Julai lalu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah nyata meniti di bibir rakyat jelata dek kewibawaan dan personalitinya.

Terkenal sebagai seorang yang mudah mesra dan disenangi ramai, dirinya juga kaya dengan sifat keibuan.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut hari ulang tahunnya ke-59 pada Isnin.

Permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diputerikan pada Jumaat, 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.

Anakanda Tunku Azizah, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah antara yang mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada bondanya.

“Long live the Queen, Happy Birthday to our Mother of Malaysia! (Semoga dipanjangkan usia Permaisuri, Selamat Hari Ulang Tahun kepada Ibu Malaysia!),” menurut posting Anakanda Tunku Azizah, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah di akaun Instagram miliknya, @this.7 pada Isnin.

Kelihatan Rakyat jelata turut tidak putus-putus memberikan ucapan, termasuk di ruang komen bagi posting Tengku Hassanal.

“Happy birthday (Selamat hari ulang tahun) mama,” tulis seorang netizen memberikan ucapan.

Ada Ucapan tersebut dibalas oleh netizen yang menyifatkan tahap keyakinannya terlalu tinggi kerana memanggil Permaisuri Agong dengan panggilan mama.

Diantara komen yang menjadi perhatian apabila ada antara netizen menggelarkan Tunku Azizah sebagai mama, yang merupakan panggilan ibu atau bonda.

“Hahaha bagus confident level (tahap keyakinan) sangat,” kata seorang netizen.

“Pandai makan durian tak? Confident level sangat,” tanya netizen lain.

Gadis itu kemudian menjawab: “Jangankan durian, pokok durian semua saya sanggup makan untuk @this.7 (Tengku Hassanal).”

“Awak punya confident level tinggi sangat sampai terkubur harapan saya hmm,” balas netizen berhubung kenyataan gadis itu.

Terdahulu, Tunku Azizah pernah memberitahu sesiapa yang mahu menjadi isteri Tengku Hassanal perlu memahami minat dan sentiasa menjaga penampilan anaknya itu.

“Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai kaki.

“Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tu lah,” katanya sambil memberitahu anaknya itu juga menikmati durian menggunakan camca dan garfu.

Selain mama, segelintir netizen turut memberi ucapan hari kelahiran dengan ungkapan Ma, yang juga panggilan ringkas buat seorang ibu.

Happy birthday Ma (Selamat hari lahir Ma),” tulis seorang netizen.

Happy birthday mother in law (Selamat hari lahir ibu mentua),” ujar netizen lain dengan nada bergurau.

(Memang hebat warganet sekarang…good try!!)

Ke cekalan dan ketabahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.

Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.

Tunku Azizah dikurniakan empat putera dan lima orang puteri iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*