Warga Setempat Pun Agak Tak Berani Ke Gunung Tempat N0ra Anne Hilang Tuu

Semalam, dunia telah dikejutkan dengan penemuan jasad milik gadis Ireland yang telah hilang iaitu Nora Anne Quoirin. Menurut pihak berkuasa, badan remaja yang berusia 15 tahun tersebut telah ditemui tanpa pakaian di kawasan cerun yang terletak tidak jauh dari air terjun Gunung Berembun, Pantai, Seremban. Difahamkan juga gadis (OKU) masalah pembelajaran itu teruja ketika memaklumkan tentang air terjun tersebut kepada ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin sewaktu mereka tiba di sebuah resort untuk percutian selama 2 minggu di sana.

 

Kami warga Pantai pun tak berani nak pergi Gunung Berembun…ada sejarah misteri

Meskipun post-mortem lanjut sedang dijalankan oleh pihak berwajib, baru-baru ini timbul pula satu pendedahan oleh salah seorang penduduk tempatan mengenai lokasi Nora Anne ditemui itu. Menerusi sebuah status pemilik akaun Twitter bernama @HilmiQimie ini, dia menyatakan bahawa mereka pun sebenarnya tidak berani untuk ke sana kerana ada kisah sebenar di sebalik sejarah misteri gunung tersebut.

Sebalik pemandangan indah…tersimpan rahsia yang telah memakan puluhan nyawa

Mengulas kisah mengenainya, lelaki ini telah memberitahu bahawa sudah terdapat beberapa kejadian yang telah meragut sejumlah nyawa di sebalik keindahan alam di kawasan tersebut. Di antaranya adalah kisah sebuah pesawat malang yang pernah juga terhempas semasa P3rang Dunia Kedua ditemui di sana juga.


Kredit foto: Utusan

Selain daripada itu, Ia terdapat juga kisah mengenai sepasang “couple” yang pernah Iemas di kawasan air terjun Gunung Berembun akibat dirempuh oleh ‘kepala air’ pada sekitar April 2011 yang lalu. Dan paling terbaru adalah adalah trag3d1 yang menimpa seorang pendaki pada September tahun lalu apabila dia dilaporkan sudah menghembuskan nafas terakhir selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di laluan trek Gunung Berembun itu. 

Kredit foto: mStar Kredit foto: Astro Awani

Menurut daripada individu ini lagi, rata-rata penduduk disini serta Orang Asli tidak menggalakkan hikers dijalankan untuk menjelajah kawasan gunung itu. Kelihatan Dari sudut mistik nya, mereka menganggap dan percaya bahawa orang luar lebih berpotensi untuk meIanggar pantang-larang perkampungan bunian yang wujud di kawasan terbabit. Jika dilihat Dari aspek keselamatan dan geografinya pula, laluan yang melibatkan pendakian di Gunung Berembun dianggap sukar kerana jalan di sana agak licin serta permukaan muka bumi yang agak menegak. Tambahnya lagi, Keadaan muka bumi itu pernah dijelaskan oleh Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia, Muhammad Fazlee Sabarudin kepada portal Astro Awani sebelum ini.

Kita berharap jika ada yang berhajat untuk kesini, di sarankan biar la ilmu itu cukup dan bawak laa orang yang lebih arif tentang selok belok kawasan ini.

Sumber: Twitter HilmiQimie, Astro Awani, Utusan & mStar /pnews

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*