Sharnaaz Tampil Buka Mulut Tentang Berita Penemuan J4sad Nora Anne

Di Negara kita baru baru ini digemparkan dengan Berita misteri kehilangan Nora Anne Quoirin yang akhirnya terjawab selepas satu mayat wanita ditemui di hutan di Pantai, Seremban, mendapat perhatian masyarakat sejak semalam.

Sebelum ini remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu untuk percutian dua minggu di negara ini. Dia dilaporkan hilang pada pukul 8 pagi pada 4 Ogos lalu.

Bukan hanya orang ramai malah kalangan artis juga turut menzahirkan perasaan yang sama termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz Tampil dan berkata, sekiranya kematian gadis berusia 15 tahun itu berpunca akibat perbuatan jahat mana-mana individu, dia mahu pelaku terbabit diseksa sebelum dihukum m4ti.

“Pelaku wajib m4ti dan dis3ksa sebelum m4ti.. kerajaan jangan sesekali sebut pasal hapuskan hukuman m4ti.. Mustahil!,” luah Sharnaaz menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Shanaz juga sangat berharap seluruh ahli keluarga Nora tabah menerima beri atas kem4tian remaja itu.

Walaupun pihak berkuasa masih belum lagi mengesahkan punca sebenar kem4tian remaja itu namun ‘kata-kata amaran’ dari Sharnaaz ini mendapat sokongan di kalangan pengikut-pengikutnya yang amat sangat bersetuju agar hukvman berat dijatuhkan terhadap si pelaku itu nanti.

walaupun begitu, ada di kalangan warganet yang sempat memberi pandangan, orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi kerana setakat ini proses bedah siasat masih belum dijalankan.

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas mayat Nora akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur pada hari ini. Selepas 10 hari menjalankan operasi mencari dan menyelamat (S4R), polis menemui mayat wanita berkulit putih, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai, pada tengahari semalam.

Malam tadi, polis mengesahkan m4yat yang ditemui itu adalah jasad Nora Anne selepas ahli keluarga gadis itu datang membuat pengecaman.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*