[VIDEO] Koleksi Momen Penyokong Cilik ‘Meraung’ Bila Pasukan Kedah Kalah!

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengukuhkan status selaku ‘raja’ bola sepak tempatan apabila pasukan ini menjulang Piala Malaysia edisi 2019 dengan menewaskan Kedah 3-0.

Berikutan daripada kemenangan tersebut, rata-rata penyokong Helang Merah (Kedah) terutamanya penyokong cilik sudah pasti sedih dan kec3wa apabila pasukan kegemaran mereka gagal memiliki piala tersebut. Oleh itu, seorang pengguna Facebook ada berkongsi beberapa video yang menunjukkan momen sedih penyokong cilik Kedah.

Menerusi video tersebut, penyokong cilik itu dilihat menangis sambil bertindak membuka serta membaling jersey Kedah yang dipakainya sebagai tanda kec3wa dengan kekalahan pasukan kegemarannya.

Dua orang penyokong cilik ini dilihat terlalu sedih dengan kekalahan pasukan Kedah dalam Piala Malaysia edisi 2019 sehingga salah seorang daripada mereka ‘mengurungkan’ diri di dalam bilik kerana tidak sanggup melihat kekalahan pasukan itu.

Semangat adik ni pergi ke stadium untuk sokong pasukan Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia dengan harapan kemenangan berpihak kepada mereka. Tapi sebaliknya pula yang terjadi apabila pasukan Kedah ditewaskan oleh JDT dengan jaringan 3-0. Tak dapat nak menahan kesedihan, penyokong cilik ini terus menangis di dalam stadium walaupun dilihat oleh ramai orang.

‘Kec3wa’ dengan corak permainan pasukan Kedah, penyokong cilik ini menunjukkan rasa hampa dengan beranggapan pemain pasukan Kedah seolah-olah tidak bersungguh-sungguh seperti bermain seperti di dalam ‘kampung. Dia juga meluahkan rasa geram sehingga tidak mahu menyokong pasukan ini pada perlawanan akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : OHBULAN

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*