“Nak kena pujuk pulak” – Aksi Kucing Ini Merajuk Buat Netizen Tersengih

Kepada korang yang ada atau pernah ada haiwan peliharaan, admin nak tanya sikit, pernah tak si manja korang merajuk? Tak kisahlah sebab apa sekalipun, mesti pernah merajukkan?

Okay, kali ni admin nak share satu video pasal kucing merajuk. Kucing ni dia merajuk sampai pergi ke rumah lain, lepas tu bila tuannya panggil balik, dia boleh berkeras taknak bergerak dari situ. Nak kena pujuk baru nak gerak. Kalau nak tau macam mana dorang pujuk kucing tu, cuba korang tengok video oleh @dyradyre kat bawah ni

Nak kena pujuk pulak

 

Hati kering betul kucing tu, orang panggil pastu membebel dia buat tak tahu je. Nak kena panggil elok-elok baru reti nak balik rumah.

Ini betul, kita manusia pun kalau kena bebel kita tak suka kan? Cakap elok-elok baru cair. Pandai betul ayah dia tu pujuk

Rupanya kucing ni faham cakap manusia. Betul, admin pernah baca ada orang share yang kucing faham je apa kita cakap, tapi dia just ignore je.

Amboih bukan main melampau. Dah lah kena pujuk, lepas tu menjawab pulak. Eee geram je admin tengok. 

Sumber : Lobak Merah

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*