Beria Bawa Jumpa Keluarga, Lelaki Broken Bila Girlfriend Cakap Kita Kawan Je

Selepas bahagia menjalinkan hubungan percintaan, pastinya pihak perempuan dan lelaki berhasrat untuk menamatkan zaman bujang ke jinjang pelamin.

Sebelum itu juga, akan berlaku fasa di mana masing-masing bakal dibawa bertemu dengan ahli keluarga sebagai langkah perkenalan awal.

Kata orang, hubungan itu dikira serius kalau sudah melibatkan pertemuan keluarga.

Namun hal sebaliknya berlaku kepada seorang pemuda ini kerana apa yang diharapkan tidak seindah bayangan.

Boleh tak kita kawan je? I nak masa sendiri

Luahan sedihnya mula dikongsikan sendiri menerusi Twitter sehingga meraih ribuan retweet daripada netizen yang juga berasa pilu.

Nampaknya, jejak ini agak kecewa kerana hubungan yang disangka sudah serius akhirnya terhanti di situ sahaja.

Meskipun pernah bertemu dengan pihak keluarga, siapa menduga gadis berkenaan meluahkan hasrat hanya mahu meneruskan hubungan mereka sebagai sahabat biasa. 

Kalau takde jodoh, nak buat macam mana

Tidak pasti apakah sebab sebenar yang mendorong gadis itu membuat keputusan sedemikian rupa, namun dia menerima hakikat bahawa jodoh mereka terhenti sampai di situ sahaja.

Meskipun sedikit sebanyak dia dilihat mempersoalkan punca di sebalik kejadian pahit tersebut, jejaki ini menjelaskan bahawa buah hatinya mempunyai sebab sendiri.

Bukan sahaja sempat berterima kasih kerana insan itu pernah hadir membahagiakan hidupnya, dia turut mendoakan yang terbaik selain enggan bermusuh dengan cinta lamanya.

Sumber : Twitter Ali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*