“Ramai Ustaz Kata Jgn Letak Nama Balqis, Nama Ketua J1n”

Kisah kesempitan hidup yang dilalui oleh Pelakon Puteri Balqis telah mendapat perhatian ramai pihak selepas program Bersamamu yang bersiaran di TV3 pada Ahad lalu memaparkan kehidupan Balqis bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang kini terpaksa lalui kesusahan hidup.

Kesusahan yang dialami oleh Balqis dan ibunya juga telah membuatkan ramai netizen turut bersimpati atas nasib yang ditimpa oleh dua beranak berkenaan.

Kehidupan Puteri Balqis bersama ibunya telah mula diuji apabila kesihatan Balqis mula terganggu pada 2018.

Demi menampung kehidupan seharian, Balqis dan ibunya berulang alik dari rumah mereka yang terletak di Setia Alam, Selangor ke ibu negara untuk menjual buku puisi hasil nukilan Balqis sendiri di beberapa lokasi di Kuala Lumpur antaranya sekitar Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni dan Jalan Petaling.

Balqis memilih untuk menulis puisi seterusnya menghasilkan buku ’38 poem of Puteri Balqis’ untuk dijual bagi menyara kehidupan sehariannya.

Sementara itu, kisah Balqis menerusi program Bersamamu yang dimuatnaik di laman Youtube telah ditonton hampir 333,000 tontonan.

Rata-rata netizen memberi pelbagai komen menerusi ruangan komen dan mendoakan yang terbaik buat Puteri Balqis.

Bagaimanapun, salah sebuah komen di ruangan komen video program bersamamu berkisahkan kehidupan Puteri Balqis telah membuatkan salah seorang netizen tertarik terhadap komen berkenaan.

“Saya baru tengok Bersamamu TV3, episod si Balqis ni, saya tertarik dengan satu komen ni”-Netizen

Salah seorang netizen memberi pandangan dengan mengatakan nama Balqis antara nama yang perlu dielakkan kerana ia adalah salah satu nama j1n kerana maknanya yang tidak elok, bvruk dan boleh mendatangkan masalah.

Namun, salah seorang pendakwah bebas tampil memberi penjelasan bahawa mempercayai nama yang membawa peny4kit atau mal4ng adalah perkara yang dilarang agama dan perbuatan tersebut dipanggil Tiyaroh iaitu menganggap m4lang itu adalah satu perkara yang syir1k.

Menurut lawan web mufti Wilayah Persekutuan juga memberi pandangan yang sama dengan memberitahu bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat atau malang perlu dielakkan oleh umat islam.

Spekulasi pasal nama Balqis sebaiknya janganlah kita memandai-mandai buat kesimpulan sendiri okay.

Untuk Puteri Balqis, semoga gadis comel ini sentiasa sihat dan tabah menghadapi ujian hidup. ‘Ujian itu indah’- Puteri Balqis.

Sumber: youtube Bersamamu, Twitter ibcig via i.viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*