Hattan bising kepada Datuk Seri Aliff Syukri kerana temuramah Balqis sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak itu

PENYANYI Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan usahawa kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menemuramah pelakon Puteri Balqis untuk kandungan laman Youtubenya.

Hattan, 56, berpendapat, Aliff hanya menggunakan kisah kehidupan Puteri Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk meraih perhatian sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak itu.

Malah, penyanyi lagu Gadis Jolobu ini meminta Aliff berhenti menganggu Balqis, 13, dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

“Agak merimaskan apabila YouTuber terkemuka cuba ambil kesempatan pada kisah adik Balqis… Kalau nak buat duit pun, janganlah sibuk nak korek cerita Balqis itu.

“Tanya soalan yang bukan-bukan. Dia budak-budak la. Boleh tak, tak payah sibuk dengan kehidupan Balqis tu. Biarlah dia dan ibunya hidup dengan tenang.

“Dia nak buat apa dengan duit dia, dia punya fasal la… yang pergi sibuk-sibuk buat apa, rimas,” tulisnya menerusi laman Facebook.

Status yang dimuat naik dipercayai ditujukan kepada Aliff memandangkan video temuramah dengan Puteri Balqis tular baru-baru ini.

Menerusi rakaman video bersama Aliff ada bertanyakan tentang apa yang akan dilakukan Puteri Balqis jika diberikan wang berjumlah RM100,000.

Puteri Balqis berkata, salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex dan jawapan itu telah mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan rancangan Balqis memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Selepas mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, Puteri Balqis membuat keputusan untuk memadam akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Hattan memberitahu dia menyokong semua pihak yang menggunakan platform YouTube untuk menyebarkan sesuatu bahan atau cerita yang positif.

Bagaimanapun, Hattan tidak bersetuju apabila menjadikan kenyataan atau kehidupan peribadi orang lain untuk kandungan Youtube mereka.

“Saya dapati semua orang ada saluran YouTube, TV sendirilah kononnya. Saya sokong siapa yang buat saluran YouTube dengan bahan-bahan cerita yang bagus.

“Tetapi ada yang buat main tangkap muat saja. Buat saluran yang berfaedah macam Asfar Badrul kalau tak silap. Namanya boleh membantu dan membuat pahala untuk kita,” katanya.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*