Isteri PU Abu Dakwa Suami Ada Kekasih Terbaru Kongsi Gambar Gadis Cantik FreeHair, Ini Komen Padu Netizen

Seorang suami adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya. Suami berperanan menyayangi, menafkahi serta menjaga keluarganya. Syurga seorang isteri ada pada diri seorang suami. Isteri yang menuruti segala permintaan dan perintah suami maka jaminannya adalah syurga nan abadi.

Namun, jika suami sering melukai hati isteri dan dia tidak meminta maaf serta berusaha untuk mengubah sikap buruknya itu maka ia akan membuatkan pintu rezekinya tertutup.Padahal membahagiakan isteri akan membuka pintu rezeki untuk keluarganya. Apakah kebenarannya menyakiti hati isteri akan menutup pintu rezeki?

Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Hana turut menukar gambar profil Instagram miliknya dengan imej wanita tersebut.Tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

“Rasalah balik, dulu kau ambil hak orang, kacau hak orang, jadi, sekarang, rasakan. Mesti tahu tentang hal-hal berbentuk kifarah.Abu buat hal lagi.Hebat Abu,..kalau handsome tak tahu lah lagi macam mana,” tulis sebahagian netizen.

Bahkan, ada juga yang membuat spekulasi bahawa wanita dalam foto tersebut mirip wajah bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif. Biarpun Ain tidak pernah menunjukkan wajah sebenar disebalik purdah yang dipakainya, peminat mula berteka-teki dan mendakwa mata wanita terbabit sama seperti mata Ain.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Sebelumini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak menceraikan bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

“Masya-Allah, tak boleh padam gambar ni, tengok mata macam Ain, Allahu.Abu nak balik kat bekas isteri.Mata macam Ain,” komen sebahagian pengikutnya.

Walaubagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Bagi suami yang memiliki isteri dengan sifat sensitif, suami perlu lebih berhati-hati. Ini kerana seorang isteri yang sensitif akan mudah tersinggung malah lebih buruk lagi akan menyimpan dendam kesumat kepada suaminya. Awas! Ia boleh menjadi racun dalam institusi perkahwinan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan begitu sahaja akan mempengaruhi seluruh keluarga. Dan perasaan buruk tersebut dapat menunda rezeki yang datang. Tidak hanya itu sahaja, jika perasaan negatif tersebut tidak berkesudahan, ia boleh menimbulkan musibah yang tidak ada jalan penyelesaiannya.

Kredit:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*