Selepas Dr. Maszlee letak jawatan, respon daripada YB KJ menarik perhatian ramai, memang tak sangka KJ respon begitu

Pengumuman perletakkan jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik petang tadi sememangnya diluar jangkaan semua. Hal ini berikutan beliau baru sahaja hadir ke beberapa buah sekolah terpilih untuk menyambut murid-murid di hari pertama sesi persekolahan.

Reformasi tak akan berjaya tanpa jaga kebajikan rakyat

Pengumuman yang dibuat sekitar 4.30 petang itu mengundang pelbagai respon daripada ramai pihak. Kebanyakkannya tidak bersetuju dengan pengunduran Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut, namun keputusan sudah pun dibuat.

View this post on Instagram

Dengan hati yang redha walaupun berat, saya Maszlee Malik dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuatkuasa 3 Januari 2020.

A post shared by Maszlee Malik (@maszlee) on

Ada lebih ramai menteri yang lebih layak berundur

Salah seorang yang bersuara adalah bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin. Beliau telah menurunkan komen diruangan Instagram Dr. Maszlee dengan satu pandangan yang matang dari seorang ahli politik.

Mustahil perubahan drastik dalam 2 tahun

YB KJ mengakui bahawa potfolio yang dipengang oleh Dr. Maszlee bukanlah suatu perkara yang mudah dan mustahil untuk melakukan perubahan mendadak dalam jangka masa dua tahun ini.

KJ juga berpendapat ada lebih ramai lagi menteri yang sepatutnya meninggalkan jawatan dalam kabinet berbanding Dr. Maszlee kerana beliau telah melakukan beberapa perubahan yang positif dalam potfolionya.

Dr. Maszlee tunjuk kerja dia

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Rembau. Mereka juga memuji tindakan matang KJ kerana bersuara dengan positif tanpa mewujudkan provokasi seperti beberapa ahli politik pembangkang yang lain.

Betul Yb! Kita lihat perubahan yang baik

Sumber Maszlee Malik

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*