Netizen kecam Elly bila masak suami datang cium, jawapan Elly memang padu dan tak sangka

Lumrah pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga, pasti semuanya indah belaka. Setiap saat terasa begitu romantis dan manis, ingin dibelai manja. Begitulah juga dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bersama suami , Mohamad Azlan.

Ingin berkongsi kebahagiaannya bersama peminat, baru-baru ini Elly ada memuat naik video memaparkan aksi manja suami tercinta mencium tengkuknya.

Bagaimanapun, ada seorang netizen atau “Mak Cik Bawang” yang kurang senang dengan gelagat mereka suami isteri. Boleh tahan juga kecaman yang dilemparkan kepada Elly.

“Cukup-cukuplah cerita kahwin kau”

suami cium elly mazlein

“Biarlah suami nak cium, lama tak merasa” – Elly Mazlein

Tidak mudah melatah dengan kecaman dilemparkan Elly memuat naik satu video membalas semula segala kutukan dan sindiran. Dia membalasnya dengan lawak jenaka sehingga mencuit hati netizen, siap dalam loghat Perak dan Kelantan.

Elly berkata, cercaan dan komen negatif tersebut langsung tidak memberi kesan kepadanya.

Difahamkan, selepas isu tersebut menjadi viral, individu yang mengecam Elly tampil memohon maaf dan berasa kesal dengan tindakannya.

Sumber Nara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*