Semakin merisaukan, remaja Kanada pengsan di KLCC, disyaki positif Koronaviruus

Semakin merisaukan, berdasarkan laporan berita hari ini seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, warganegara Kanada disyaki positif koronavirus baharu (2019-nCoV).

Dalam kejadian di KLCC, warga Kanada tersebut didapati pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), untuk pemeriksaan lanjut.

Pengsan dekat KLCC

Menurut Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak hospital bagi menentukan sama ada remaja Kanada positif koronaviruus baharu (2019-nCoV).

“Saya pun baru dapat maklumat mengenainya… pihak berkuasa, pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga…”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kini, tular beberapa foto memaparkan pasukan Hazmat dan anggota polis berlegar di Tower 3, Menara Petronas, KLCC, berikutan kes remaja Kanada tersebut.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*