“Memang Comey Dari Kecik” – Uyaina Arshad Imbau Foto Zaman Sekolah

Sejak lakonananya dalam drama Jujurlah Nikahi Aku mendapat perhatian ramai, nama Uyaina Arshad sudah dikenali ramai. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah dia juga adalah pengacara terkenal di Malaysia dan juga Indonesia.

Memiliki paras wajah cukup ayu dan keperibadian yang sopan, Uyaina Arshad memiliki kelompok peminatnya tersendiri. Peminat selebriti ini terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia. Ini terbukti apabila apa sahaja yang dikongsikannya di media sosial meraih perhatian ramai.

Terbaru Uyaina Arshad imbau foto zaman kanak-kanak menerusi laman Instagram miliknya dan telah meraih perhatian ramai. Foto tersebut disusun bersebelahan dengan yang terkini membuatkan ramai berpendapat wajah selebriti ini sememangnya comel sejak dari kecil lagi.

Berikut adalah foto yang dikongsikan olehnya menerusi laman Instagram Uyaina Arshad sendiri:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

12 tahun ➡️ 28 tahun 🤪 #UyainaArshad #GambarSekolahChallenge

Siaran dikongsi oleh UA (@uyainaarshad) pada

Alahai wajahnya dari zaman sekolah rendah memang tidak banyak berubah! Perkongsiannya ini telah meraih lebih 76 ribu likes dari pengikutnya di laman itu.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai Uyaina Arshad imbau foto zaman kanak-kanak ini di ruangan komen seperti berikut:

“Tetap comel even tudung macam lepat pisang tu. Normal laa zaman sekolah rendah, saya pun camtu jugak dulu2 hahahha”

“Dari dulu udah cantikkk”

“Kak suka tengok u dari awal u muncul. Masa u menang. Cantik dari kecil lagi. Cantik luar dalam jaga akhlak. Artis contoh terbaik ni”

Sumber: Instagram Uyaina Arshad via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*