Teaser Lagu Terbaru Alif Satar Sama Raihan Undang Seb4k Ramai

Bukan sekadar berbakat dalam bidang lakonan, malah figura bernama Alif Satar ini turut ‘handal’ dalam bidang pengacaraan dan nyanyian. Manakan tidak suaranya cukup merdu dan enak didengar.

Menjadi salah seorang selebriti yang diminati ramai kerana personalitinya, Alif Satar pernah menjadi perhatian ramai apabila memperkenalkan segmen ‘Kuar4ntin Karaoke’ yang memaparkan dirinya menyanyikan pelbagai lagu cover. Perkongsian segmen itu dimuatnaik oleh Alif Satar sendiri menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haritu dia request dah, harini request lagi.. Happy wife, happy life @shadilahalid .🤨 Beautiful- Crush. p/s siapa geng suami yang terjebak tengok drama Korea baik ngaku cepat.

Siaran dikongsi oleh Alif Satar™️ (@alifsatar) pada

Terbaru, selebriti ini berkongsikan satu video teaser lagu terbarunya bersama kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan. Menerusi video teaser lagu terbaru Alif Satar sama Raihan itu kedengarannya ia berkonsepkan ketuhanan.

Berikut adalah video pendek yang dimuatnaik oleh Alif Satar menerusi laman Instagram miliknya:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ku sering meninggalkan suruhanMu.. walau sedar aku milikMu.. coming soon..

Siaran dikongsi oleh Alif Satar™️ (@alifsatar) pada

Video tersebut telah meraih lebih 54 ribu tontonan dan 13 ribu likes. Walaubagaimanapun Alif Satar belum mendedahkan judul lagu terbarunya bersama Raihan itu.

Biarpun hanyalah video teaser, namun rata-rata netizen meluahkan rasa s3bak mendengarkannya. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Bestnya lagu ni. Thanks Alif”

“Dengar lirik pun dah…”

“Bergenang air mata dengar lagu ni. Terbaekk la”

Sebelum berkongsikan teaser ini, Alif Satar turut memberikan hint akan mengeluarkan lagu bersama kumpulan Raihan selepas kejayaan ‘Sesungguhnya 2019’. Berikut adalah perkongsian dari selebriti ini:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah setahun dah dari ‘Sesungguhnya 2019’… Ready for the next one?☺️ @raihaninternational

Siaran dikongsi oleh Alif Satar™️ (@alifsatar) pada

Apa-apa pun kami sendiri tidak sabar untuk mendengarkan versi penuh lagu terbaru Alif Satar sama Raihan ini.

Sumber: Instagram Alif Satar via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*