Doktor Nyanyi Dengan Shiha, Wajah ‘Kacak’ Pula Cvri Tumpuan Ramai

Sebelum ini, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Hafiz Zainal viral setelah berkongsikan satu rakaman video nyanyian di akaun Twitter milliknya dimana menerusi perkongsian berkenaan dia menyanyi bersama Shiha Zikir.

Ternyata, video nyanyian mereka bersama mendapat perhatian ramai lagi apabila tular pula menerusi Instagram. Gandingan Dr. Hafiz Zainal dan Shiha Zikir viral lagi dan suara mereka seperti biasa tidak perlu dinafikan kemerduannya.

Difahamkan, dunia nyanyian sudah sebati buat doktor berusia 27 tahun ini dimana dapat diperhatikan dilaman Instagram miliknya yang kebanyakannya posting dikongsi merupakan video nyanyian.

Menerusi sumber, Dr Hafiz yang lebih dikenali sebagai doktor ini sebenarnya menceburi dalam bidang nyanyian sejak beberapa tahun lalu. Terlibat dalam bidang perubatan sejak 2018, dia juga dikatakan pernah menyertai program Bintang RTM 2018.

Malah menerusi program berkenaan dia merangkul tempat ketiga dan mendapat persembahan terbaik selain dilaporkan juga sehingga kini Dr.Hafiz telah mengeluarkan empat single.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Instagram Era, video gandingan Dr. Hafiz Zainal dan Shiha Zikir menarik perhatian warganet apabila mereka melakukan cover lagu You Are The Reason.

Video nyanyian mereka yang berdurasi lebih 3 minit itu bagaimanapun membuatkan rata-rata warganet ‘jatuh hati’ dengan kekacakan Dr.Hafiz sehingga di ruangan komen mereka sempat berseloroh dengannya dan dalam pada masa yang sama, netizen turut memuji nyanyian mereka.

“Sedap kamu dua nyanyi”

 

“Terbaik… sesekali Dr menghibur pesakit…”

 

“Hai doktor saya rasa hati saya dah takde…”

Sumber: Instagram Era, mStar via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*