Wipe It Down Versi Eina Azman & Anak Cuit Hati Warganet, “Lawak Tau…”

Cabaran Wipe It Down nampaknya semakin menjadi pilihan orang ramai untuk menyahutnya malah, selebriti terkenal tanah air juga tidak terkecuali untuk melakukan cabaran berkenaan dimana ianya juga telah menjadi trend di internet.

Sedia maklum, cabaran ini dilakukan dengan seseorang individu akan mengelap cermin dan dalam pada masa yang sama memaparkan sisi berbeza mereka.

Pun begitu, kreativiti yang ditunjukkan oleh selebriti terkenal seperti Janna Nick, Aeril Zafrel, Sweet Qismina dan ramai lagi membuatkan cabaran ini semakin menjadi perhatian.

Datin Eina Azman juga dilihat mencuba melakukan cabaran Wipe It Down dan berkongsikan videonya itu dilaman Instagram miliknya.

Jika sebelum ini, Sweet Qismina melakukan cabaran trend ini bersama kekasihnya, Adam Lee dan ternyata, Datin Eina Azman pula sangat kreatif apabila menerusi video ini dapat diperhatikan dia tidak sendiri. Ini kerana, dia melakukan cabaran ini bersama cahaya mata perempuan kembarnya, Arianna Aubrey.

“What?! What just happened?! Anyone else’s mirror acting up in quarantine?!…” ujarnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

What?! What just happened?! Anyone else’s mirror acting up in quarantine?! 😱😆 #wipeitdownchallenge #tiktok #motherdaughter @aubreykarl

Siaran dikongsi oleh 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) pada

Ternyata, video Eina Azman bersama anak mendapat lebih seribu reaksi ramai yang geram akan kecomelan mereka berdua melakukan cabaran Wipe It Down.

Dalam pada masa yang sama, perkongsian video itu juga hampir meraih 300,000 tontonan dalam masa yang sekejap.

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*