Video Aafiyah Tarik Tangan & Teruja Lihat Neelofa Bikin Tokti Terkedu

Siti Aafiyah merupakan si cilik popular yang tidak jemu peminat Datuk Siti Nurhaliza mengikuti perkembangannya dari kecil sehingga kini yang sudah pandai serba serbi.

Sering sahaja gelagat Siti Aafiyah mencuit hati warganet apabila Datuk Siti Nurhaliza atau turut sinonim dengan panggilan Tokti juga sporting untuk berkongsikan momen lucu bersama puteri sulungnya itu kepada peminat.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Terbaru, menerusi Instagram, Tokti ada memuat naik video tentang telatah comel Siti Aafiyah yang dalam masa yang sekejap sahaja meraih lebih 860,000 tontonan.

Bukan sahaja Siti Aafiyah malah kehadiran selebriti terkenal Neelofa berjumpa dengan puteri penyanyi nombor satu negara itu meraih perhatian ramai. Apatah lagi, Aafiyah juga sangat teruja melihat Neelofa sehingga menarik tangan Neelofa dan mengajak duduk serta berborak.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty Neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak… ibu terkedu jap,” ujar Tokti menerusi perkongsian bersama satu rakaman video.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty @neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak.. Ibu terkedu jap 🤷‍♀️

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Selain ditonton ribuan kali, perkongsian Tokti di Instagram meraih ribuan tanda suka daripada warganet yang mengikuti perkembangannya dan dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Neelofa turut dipuji.

Ini kerana, ramai akui sikap baik Neelofa sekali gus membuatkan budak-budak juga suka selain gelagat Aafiyah yang peramah terhadap tetamu turut menarik perhatian peminat dan pengikut.

“Neelofa tu orang yg baik…”

 

“Wah Aafiyah excited…”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*