Fizo Ajar Bini Kecek Klate Buat Ramai Berdekah

Pelakon terkenal, Fizo Omar pada Oktober tahun lalu mengejvtkan ramai peminat apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai, Fazeera Nazri Aziz.

Berita itu bagaimanapun disambut gembira oleh peminatnya berikutan dia dan wanita pilihan hatinya itu, tahu-tahu diketahui umum sahaja sudah sah bergelar suami dan isteri.

“Saya jumpa isteri dekat somewhere (suatu tempat). Selepas itu kami berkenalan, berkawan dan bercinta di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)”.

Demikian sedikit perkongsian yang diberitahu oleh pelakon, Fizo Omar apabila mended4hkan proses perkenalan antara dirinya dengan isteri, Fazeera Nazri Azrai selepas seminggu bergelar suami isteri dalam InstaStory miliknya.

Ujar Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, lagi, dia berkawan dan mengenali hati budi wanita berusia 25 tahun itu selama lebih kurang setahun sebelum mengambil keputusan untuk menikahinya.

“Saya kenal isteri lebih kurang setahun. Sebelum ini dia bekas pramugari Qatar Airways dan tinggal di Doha. Kemudian dia balik ke Malaysia disebabkan PKP.

“Ketika itulah kami terjumpa dan berkenalan, berkawan dan bercinta ketika PKP. Isteri tinggal di Kuala Lumpur dan bukannya di Sarawak,” kata Fizo.

Fazeera Nazri Aziz nampaknya juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian peminat Fizo Omar apabila kecantikannya disaat dikongsikan foto-fotonya membuatkan ramai memberikan pujian buatnya.

Terbaru, Fizo mengadakan satu permainan belajar mengenali loghat Kelantan dan Serawak bersama isteri buat ramai terhibur

Kelantan Vs. Sarawak (Part 1)

Jom layan Abe joe n Faz teka perkataan KELATE N SEGHAWAK.

Bunyi mcm pelik kan, tp tu lah nak kene belajar la kan. Nnti dpt anak boleh faham both language kan.

Btw abe joe dah pandai kelakar seghawak cuma bunyi mcm kelakar sikit lah.

Cer komen ape lg perkataan Kelantan n Sarawak yg pelik2 tu, n maksud skali k.

Kelantan Vs Sarawak (Part 2)

Korang dah layan part 1 Abe joe n Faz teka perkataan KELATE N SEGHAWAK smlam?

Semalam kitorang dah teka Jabir Rokrat, Manok dengan Jangok dalam part 1. Harini tengok perkataan apa pulak yg kitorang teka.

Cer korang komen nak kitorang buat challenge apa lagi untuk Kelantan vs Sarawak ni k.

Berikut reaksi netizan yang mana ramai terhibur melihat telatah pasangan ini

“Teringat dl praktikal kat wad ada makcik tu mintak jabir sbb pakcik nak munt4h..kita main agak je plastik sbb makcik sebut perkataan munt4h.. Tanya kawan kelate br tau jabir tu plastik beg..skang pandai dah kecek kelate sbb dpt suami mix kelate ganu.. ”

“Suka tgok bini Lawa soft spoken,matang walaupun young Semoga berbhgia sllu”

“Sy melaka vs sarawak iban…lg pening bila family belah husband dtg…sume keluar bhasa iban.. sabau jer la..”

“Susah nk teka loghat kelate ni…mse awal kawen dgn org pantai timur dulu pun byk termenung tak paham”

Ternyata tidak hanya kecantikan isteri Fizo Omar ini sahaja yang mendapat pujian warganet. Ini kerana selepas satu rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi, TikTok membuatkan rata-ratanya memuji kepandaiannya pula.

Dapat dilihat menerusi hantaran video yang dikongsikan ini memaparkan, isteri Fizo Omar memberikan kata-kata motivasi dan percakapannya itu menerima ribuan tanda suka ramai.

Dalam pada itu, ada juga warga TikTok menyangka Fazeera membuat video alih suara dan rupanya ia merupakan suaranya sendiri sekali gus ramai suka mendengarkan kata-kata motivasi yang dikongsikannya itu.

“Sebab tu encik Fizo sayang, isteri selalu bagi positive vibe. Semoga perkahwinan awak…”

“Suka betul dengar Fazeera ni cakap”

“Ingatkan suara dubbing sekali suara sendiri…”

Peminat nampak ‘baby bump’ isteri Fizo Omar, ramai syak Maryam bakal dapat adik

FOTO dan video percutian Fizo Omar bersama keluarga menjadi perhatian apabila netizen mula mengesyaki isteri pelakon itu iaitu Fazeera Nazri kini sedang hamil.

Menerusi ruangan komen pada foto berkenaan, beberapa netizen bertanya tentang kehamilan dan ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

“Macam terlihat isteri mengandung.

“Maryam dah nak ada adik ke?

Perubahan pada Fazeera menimbulkan tanda tanya

“Nampak macam baby bump,” antara komen dan pertanyaan peminat.

Lebih menguatkan lagi spekul4si itu, perkongsian video di Instagramstory kakak Fizo iaitu Wan Diana Wan Omar juga seakan-akan memberi bayangan tentang hal tersebut.

Maryam dah nak ada adik ke?

“Aunty Fazeera okey?” soal Wan Diana.

“Baby Faz okey…” jawab Fazeera.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Fizo belum berhasil apabila pelakon berkenaan tidak memberi sebarang jawapan.

Antara komen netizen

Sekiranya benar isteri Fizo sedang hamil, didoakan agar kandungan berkenaan membesar dengan sihat dan selamat.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercer5i pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun.

Kredit: FB Fizo Omar

Artikal by Kecoh Ape

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*