Atu Zero Bawa Isteri Ke Masjid Sempena ‘Anniversary’. Tak Sangka Ini Pula Yang Terjadi

Atu Zero atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif adalah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia

Menerusi Instagram isterinya, Shafeeqa Johari dia membuat satu hantaran tentang suaminya Atu membawa ke satu tempat untuk sambutan hari ulangtahun perkahwinan mereka.

Menurut Shafeeqa, Atu tidak pandai untuk buat kejutan dan berahsia dengannya memang suaminya tidak pandai. Jadi mesti akan kantoi kerana Shafeeqa teliti orangnya.

Tapi Shafeeqa tak sangka hari ini kejutan dari Atu berjaya. Menurutnya Allah yang bantu suaminya surprise kan dia. Ini kerana dia begitu terkejut apabila Atu membawanya ke masjid dan dapat mendengar ceramah secara langsung pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin.

Sejuk je wajah beliau . Alhamdulillah dapat jumpa insan yang saya kagumi.

Selalu tengok kat youtube, live fb je.  Dapat tengok live hari ni .Saya dapat suami tak pandai lah nak buat suprise. Nak sorok-sorok berahsia dengan saya memang dia tak pandai. Mesti kantoi. Saya ni teliti orang nya.

Tapi hari ni dapat suprise . Allah yang bantu dia kejutkan saya.

Tiada anniversary dinner. Dia bawak saya gi masjid lah. Tak plan pon. Tapi sampai bukit Jelutong tu ngam-ngam ada @habibalizaenalalhamid . Dapat lah dengar ceramah nya live.

Ada setiap selasa minggu kedua dan minggu terakhir setiap bulan di masjid bukit Jelutong shah alam. Kawan-kawan yang teringin nak dengar live ceramah dia boleh lah gi masjid bukit jelotong ya. Selasa selepas magrib.

Alhamdulillah… kita bukan orang baik… tapi kita nak jadi sebahagian dari orang-orang baik. Banyak lagi yang perlu saya pelajari, saya ubah… Insyaallah… sama-sama kita ya @akueatu . Terima kasih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video ketika pendakwah popular itu sedang memberi ceramah di masjid berkenaan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat ulangtahun buat pasangan ini dan mendoakan untuk mereka.
 
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari 
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*