Pemilik Lotus Tudvh Kucing Jiran Cal4rkan Kereta, Tuntut Ganti Rugi RM12,791

Kucing merupakan seekor haiwan peliharaan pilihan ramai kerana kecomelan dan teletahnya yang mencuitkan hati. Namun, kadang-kala ada beberapa perkara dilakukan oleh kucing yang menyebabkan orang sekeliling kurang senang dengan haiwan tersebut.

Baru-baru ini seorang pemilik kucing berwarna oren di Thailand telah memuat naik satu rakaman video CCTV di TikTok menunjukkan haiwan peliharaannya itu didakwa keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan kerosakan pada sports car milik jirannya.

@pattarawadeephumipak

ลูกทำแมวหลุดออกจากบ้านขณะเปิดประตูขึ้นรถโรงเรียนและขึ้นรถบ้านข้างๆกัน เค้าไปแจ้งความ ตำราจแจ้งข้อหาปล่อยสัตว์ดุสัตว์ร้ายเที่ยวตามลำพังทำให้ทรัพย์สินผู้อื่นเสียหายคดีขึ้นชั้นศาลคันสีเหลืองเรียกค่าเสียหาย108, 000 บาท บอกว่าเป็นรถหรู ติดสติ๊กเกอร์จึงต้องแพงคันสีดำเป็นป้ายแดง รถเคลือบแด้วอย่างดีในคลิปวีดีโอน้องไม่ได้ข่วนอะไรเลย แต่น้องขึ้นไปนั้งและลงมา เราเจ้าของแมว ไปดูในวันเกิดเหตุ ไม่มีร่องรอยอะไรเลยค่ะ มีแค่รอยเท้าฝุ่น วอนสังคมช่วยเราด้วยค่ะ เราโดนฟ้อง2คดีแมวขึ้นรถ2คัน

♬ เราจะสู้ไปด้วยกัน – หนูดี เฟลอเดอ

 

Menurut portal Thaigers, insiden  berlaku pada Oktober 2020 apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing mereka keluar dari rumah.

Pada petang hari yang sama, pemilik kereta menghantar video haiwan peliharaan mereka duduk di atas kereta sport berjenama Lotus itu. Video dari CCTV rumah menunjukkan kucing oren itu duduk di atas kereta sports berwarna hitam kuning terbabit.

Bagaimanapun, apabila pemilik kucing dan keluarganya pergi ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan, mereka dapati hanya menemui kesan kotoran dari tapak kaki kucing itu sahaja.

Jiran itu menegaskan bahawa semua calar berasal dari kucingnya dan meminta pampasan sebanyak 100,000 Baht (RM12,791) sambil menambah bahawa harga tersebut telah dianggarkan secara rasmi.

Namun, setelah kisah ‘Si Oyen’ ini dikongsi secara meluas di Thailand, laporan terkini mengatakan bahawa pemiliknya sports car telah meminta maaf, sambil menambah bahawa dia tidak mahu wang ganti rugi itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*