Rakyat Mohon PM Tepati Janji Tidak Laksana PKP, Umie Aida Titip Pesanan Mendalam

Pelakon jelita, Datin Seri Umie Aida tampil memberikan ulasan terhadap isu orang ramai yang menitipkan harapan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menepati janji untuk tidak melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri kelak.

“Jangan Mengharap Janji Manusia”-Umie Aida

Menerusi perkongsian di Insta Stories, Umie menitipkan pesanan untuk tidak mengharap kepada janji manusia kerana khuatir akan dikec3wakan.

“Jangan pernah mengharap janji manusia..Kerana pasti akan dikec3wakan.”- tulis Umie

Tambah Umie lagi, dia menyeru orang ramai untuk berpegang dengan janji Allah dan sama-sama berdoa agar wab4k cov1d-19 dapat dih4puskan.

“Peganglah janji Allah itu pasti dan mengharap hanya padaNya. Sama-sama kita berdoa Allah angkat wab4k ini. Aamin.”- katanya lagi

Rakyat Mohon PM Tepati Janji Tidak Laksana PKP

via Harian Metro

Dipetik dari laporan Sinar Harian, orang ramai mengharapkan supaya Ismail menepati janji dengan tidak melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk tidak pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ia berikutan k3s harian cov1d-19 terus melonjak kepada 11,034 pada Isnin, berbanding 10,089 pada Ahad, sekaligus mencatatkan k3s harian tertinggi dilaporkan sejak PKP dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*