Bos Cer3wet Atau Teliti : Abang Qu Kongsi Pengalaman Bekerja Sebagai PA Dato Seri Vida

Pada k3sempatan untuk bersama Qu di sesi siaran langsung Remaja Youth Talk sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, Qu mengulas mengenai cabaran yang dihadapi.

“Cabaran sejak diumumkan sebagai pembantu peribadi Dato Seri Vida.. saya rasa cabarannya normal saja. Biasalah bila orang berkata-kata sebab semua orang ada pendapat masing-masing.

“Yang cakap positif ada, yang negatif pun ada. Kalau bab negatif itu, jika tak dibaca maka ia tak menganggu pemikiran saya. Saya cuma cari sudut yang baik dan positif saja dari ruangan komen,” jawabnya dengan tenang.

Seperkara lagi yang mencuit hati kami adalah apabila lelaki berusia 26 tahun ini menyentuh mengenai cabaran menetapkan waktu bekerjanya.

“Saya sejenis yang bangun awal manakala Dato Seri Vida pula akan terjaga pada tengah malam untuk melakukan siaran live. Agak mencabar juga pada awalnya untuk saya sesuaikan dengan masanya itu.

“Pagi saya sudah sibuk dengan kerja-kerja yang ada. Hanya pada sebelah petangnya, saya akan bertemu Dato Seri Vida untuk sesi live dan sebagainya,” katanya.

Wanita Punya Karakteristik Berbeza

Bercakap mengenai Hari Wanita Sedunia, Qu merasakan setiap hari itu seharusnya disambut dengan membuatkan wanita dalam hidup kita merasa istimewa. Qu memandang golongan wanita sebagai figura yang kental semangat dan pemikirannya. Mengambil contoh ibu sendiri dan rakan-rakannya, setiap wanita itu baginya mempunyai karakteristik yang berbeza. Dato Seri Vida baginya juga tiada bezanya.

“Beliau adalah seorang yang kita tidak boleh nak jangka apa yang akan dilakukannya.

“Idea pemasaran (marketing) yang tular bukanlah sesuatu yang kita rancang. Content berlaku secara spontan. On the spot, kami buat keputusan untuk lakukan sesuatu.

“Seperkara lagi mengenai Dato Seri Vida adalah beliau membawa satu arus baharu yang orang lain tak pernah buat. Wave itu besar sehinggakan satu Malaysia boleh sukakannya. Lelaki atau wanita boleh tersentuh, sehinggakan ke luar negara sekalipun (tahu mengenai projek DSV).”

Benarkah ‘Lady Boss’ Menakutkan?

Orang selalu mengatakan bekerja dengan bos wanita boleh menjadi pengalaman yang agak menakutkan berikutan sifat mereka yang kadangkala cerewet. Betul ke Qu?

“(Fikir sebentar) Saya faham bila kita menjadi majikan (bos), kita hendakkan sesuatu yang sempurna lebih-lebih lagi jika beliau ialah seorang wanita. Saya juga sukakan perfection.

“Tapi kadang-kadang adalah benda-benda kecil yang jadi ‘tak kena’. Dengan beliau, kita fahamlah.. wanita kan? Wanita punya karakteristik macam mana, agak cermat dan teliti. Saya tak nak sebut cerewet tapi beliau teliti,” akuinya.

 

Apapun, kemunculan Qu dalam video muzik terbaru DSV berjudul Ku Ikhlaskan telah mencuri tumpuan peminat. Katanya, watak Qu dalam video tersebut menggambarkan PA lama beliau, Iqbal setelah mereka kecundang dalam kisah cinta yang dicanang kepada masyarakat.

Biodata Qush (Syed Qusyairi), Pembantu Peribadi (PA) Baru Dato Seri Vida

Siapa Qush? Dilahirkan dengan nama penuh Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, beliau yang juga dikenali sebagai Abang Qu ini adalah seorang pengasas produk kosmetik.

Qush yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan, Datuk Seri Vida, pernah terkenal di kalangan netizen menerusi kisah-kisah tular, ketika penglibatannya sebagai selebriti media sosial.

Biodata Qush (Syed Qusyairi / Abang Qu)

Nama sebenar: Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar

Nama komersial: Qush, Abang Qu

Umur: 26 tahun (2022)

Asal: Bukit Damansara, Selangor

Tempat tinggal: Subang Bestari, Selangor

Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh adik beradik

Pendidikan: Diploma

Pekerjaan: Pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida, usahawan produk kosmetik, personaliti TikTok

Instagram (IG): @abgqu1

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Memiliki perniagaan sendiri dengan janaan pendapatan kukuh.

2. Pernah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan sebelum memasuki dunia perusahaan kosmetik.

3. Namanya kini viral selepas terpilih sebagai pembantu peribadi kepada usahawan, Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV).

4. Bakal menerima habuan gaji bulanan sebanyak lebih RM10,000 menerusi posisi baru yang dipegang.

5. Bertekad ingin menjadi pekerja Vida yang profesional tanpa terkait dengan sebarang isu-isu peribadi.

6. Tidak menjadikan jumlah pendapatan sebagai keutamaan, sebaliknya ingin mendapatkan pengalaman, selain tertarik dengan keperibadian yang dimiliki Vida.

7. Menyifatkan Vida sebagai seorang yang terbuka dalam menerima pendapat orang muda.

KREDIT: REMAJA , https://iluminasi.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*