Sudah Hampir 5 Bulan Tidak Berhubung! Iqbal Zulkelfi Terkejut Perbualan Ringkas Bersama Vida Tular

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil  memberikan penjelasan selepas tular video dirinya sedang berbual dengan bekas majikan, Datuk Seri Vida (DSV) setelah selesai konsert Big Stage 2022 pada Ahad lalu.

Tidak Sangka Momen ‘Itu’ Jadi Tul4r

Menerusi Insta Stories, Iqbal akui tidak menyangka momen itu akan tular di media sosial dan mendedahkan bertanya khabar Vida setelah lebih 5 bulan tidak berhubung.

“Saya tidak sangka momen ini tiba-tiba viral. Ini memang saya datang tegur DSV setelah lebih 5 bulan tidak bersua dan tidak berhubung. Hanya ini waktu yang saya ada untuk tegur beliau. Saya datang bertanya khabar. Kami berbual baik walaupun sedikit janggal.”-Kongsi Iqbal

Hanya Mahu Leraikan Krisis Yang Berlaku

Menurut Iqbal , berhubung kenyataan yang diberikan oleh pembantu peribadi Vida yang mendakwa dia telah mengejar usahawan itu, Iqbal berkata dia hanya ingin meleraikan krisis yang berlaku di antara mereka.

“Ini kenyataan dari PS DSV. Ya, tidak mengapalah saya tebalkan muka untuk kejar beliau pun. Tidak mengapa orang tertawakan saya . Saya cuma mahu leraikan krisis yang berlaku dan mahu natural keadaan sahaja.”- katanya

Sibuk Jalani Penggambaran Program TV & Drama

Di kesempatan itu, dia menafikan bahawa dirinya ‘sendu’ malah kini sedang sibuk menjalani penggambaran beberapa program televisyen serta turut mendapat tawaran membintangi drama.

“Apakah kerana saya sendu? Tidak sama sekali. Ada ketika saya cuma tidak mahu aktif di media sosial. Hakikatnya, setiap hari biasanya ada 4 program TV saya shooting.

Drama pun saya dapat 3 tawaran lagi sekarang. Kita tidak memikirkan tentang populariti lagi.”- katanya lagi

Nama Iqbal sebelum ini menjadi perhatian netizen kerana menghasilkan sebuah single yang menceritakan perjalanan hidupnya. Namun, tidak lama kemudian usahawan ini dikec4m selepas menyertai program realiti Big Stage 2022 dan menjadi peserta pertama yang tersingkir.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*