Neelofa ‘Throwback’ Persiapan Majlis Perkahwinan, Sempat Berseloroh Kena Denda Akibat Langgar SOP

Dua hari yang lalu, genap setahun usahawan selebriti terkenal, Neelofa selamat bergelar isteri kepada pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz. Neelofa turut berkongsi momen sewaktu persiapan lokasi pernikahannya di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur sebagai ‘saksi’ hari sejarah mereka.

Ramai Tetamu Merajuk Tidak Dijemput

Menerusi Insta Stories nya, Neelofa menyatakan ramai tetamu yang tidak mendapat jemputan merajuk dengan dirinya serta ibubapa disebabkan  perlu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika itu.

“Masa ni macam-macam lahhh SOP, daripada nak ajak 3x ganda tetamu, boleh ajak sikit je. Lepas wedding tu ramai la yang kecik hati & mer4juk dengan mak ayah, dengan i sendiri.. (salahkan cov1d).”-Kongsi Neelofa

Pengantin Sendiri Susun Atur Kedudukan Tetamu

Tambah Neelofa, dia dan PU Riz  yang menyusun atur kedudukan tetamu majlis perkahwinan mereka sebelum dihebohkan oleh netizen kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pengantin sendiri buat seating yang netizen rata-rata kecohkan ni. Mahal tau seating tengah-tengah ni i bayar almost 60k (denda SOP).”-tulisnya

 

“Sebab Wedding I Korang Pot Pet Pot Pet”

Di kesempatan itu, Neelofa berseloroh kerana ramai pihak yang berkahwin pada bulan yang sama dan duduk secara rapat namun, hanya majlis perkahwinannya yang menjadi tumpuan ramai.

“Korang lah buat bising, orang lain punya wedding masa bulan yang sama, duduk dekat-dekat korang tak bising pun kat polis. Sebab wedding i korang pot pet pot pet!!! Takpe saya ok je. Hahaha”- seloroh Neelofa

Sekadar info, Neelofa telah selamat bergelar isteri kepada pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz selepas dinikahkan oleh adik lelaki Neelofa pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*