Zul Ariffin C0nteng Ar4ng Pada Industri Seni, Giliran Awie Mula Bersuara, Buat Zul Ariffin Tak Senang Duduk

MELAKA – “Benda boleh menolak, tetapi dia (Zul Ariffin) memilih sedap. Pada saya dia mencotengkan arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik,”.

Demikian respons pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Awie apabila ditanya mengenai isu sensasi perkongsian adegan berani oleh Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Zul Ariffin dalam Instagram baru-baru ini.

Menurut bintang Sembilu itu, Zul sebenarnya bolehn memilih sama menolak atau menerima sahaja tuntutan skrip berhubung adegan aksi ranjang yang sama sekali tidak sesuai dari sudut islamik.

“Itu dia gatal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap, dia terimalah benda tu kan (kritikan dan tindakan undang-undang),” kata Awie usai sidang akhbar Showcase Raikan Cinta Ramadan Wings di Lacrista Hotel, di sini, hari ini.

Jumaat lagi, pelakon yang terkenal menerusi filem Sangkar itu mengejutkan negara apabila berkongsi klip video publisiti awal drama lakonannya bersama pelakon baharu Siti Hariessa berjudul Perempuan Itu

Antara babak yang membuatkan ramai ‘ternganga’ adalah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasm4ra secara berb0gel serta adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul.

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.

Sementara itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) turut memandang serius dan mengambil berat pandangan orang ramai berhubung petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.

Menurut TV3, adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Tidak terhenti di situ, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KMM), Tan Sri Annuar Musa turut membuat kenyataan bahawa Zul akan disiasat bawah Seksyen 233 Akta KMM akan diambil terhadap pelakon itu kerana perkongsian yang menyalahi undang undang.

Mengulas lanjut Awie berkata, babak-babak lakonan dengan elemen sedemikian juga merupakan pilihan yang dibuat oleh pelakon dan pengarah itu sendiri.

“Antara mereka mahu memasukkan unsur-unsur Islamik atau tidak dalam lakonan, kalau tidak mereka nak ‘go’ (jadi) profesional..hukumannya tiada, dia akan all-out.

“Kalau dia masukkan sudut Islamik ini, maka ada hukum-hukum yang mereka perlu ikut, kalau boleh pengarah-pengarah khususnya mainkan peranan seeloknya untuk adakan metafora yang sesuai,” katanya.

AWIE menyifatkan perbuatan Zul mencontengkan arang dalam industri seni hiburan di Malaysia.

‘Semua terbabit perlu diheret ke mahk4m4h, bukan Zul Ariffin seorang’

Kuala Lumpur: Tidak adil untuk heret Zul Ariffin saja ke mahk4m4h, sepatutnya semua yang terbabit dalam penggambaran itu perlu diheret bersama.

Pandangan itu disuarakan Penasihat Undang-Undang Prof Madya Dr Salawati Mat Basir daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mengulas k3s pelakon popular itu berkongsi babak pan4s lakonannya di media sosial.

Zul akan disiasat mengikut S3ksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Salawati berkata, tindakan pendakwaan ke atas aktor itu adalah wajar kerana jelas mel4ngg4r peruntukan, namun k3salahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pelakon itu sahaja.

“Pada saya, (adegan) sudah meluc4hlah tu, kalau ada pendakwaan kepada dia, dia kena jawab jika mel4ngg4r akta dan peruntukan.

Prof Madya Dr Salawati Mat Basir. FOTO Arkib NSTP.

“Memang wajar dikenakan tindakan, tetapi sebenarnya semua yang terbabit perlu diheret ke mahk4m4h, bukan pelakon sahaja sebab pelakon tidak akan buat kalau tiada skrip.

“Memang jelas dia (Zul) buat (adegan pan4s itu) tetapi ada ke pelakon itu yang rakam sendiri, konon untuk tayangan kedua ke, ketiga ke… tetapi salah tetap salah dan mel4ngg4r akta,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dr Salawati menegaskan semua pihak yang berkaitan drama lakonan panas Zul perlu bertanggungjawab.

“Tidak adil jika aktor dan aktres sahaja kena… yang lain tidak kena, sedangkan yang merakam, mengarah semua ada di situ.

“Kalau nak heret dia (ke mahk4m4h), jangan heret dia seorang, yang lain kena juga sebab saya tidak rasa dia buat berseorangan… dia pun tahu benda ini salah,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan mengheret pelakon itu ke mahk4m4h boleh memberi pengajaran kepada anak seni lain, Salawati berkata, ia pengajaran yang sewajarnya untuk semua pihak, agar tidak sesekali menyentuh isu sensitif.

“Masyarakat kita sebenarnya sedang berada dalam keterbukaan, cuma adat dan budaya kita tidak membenarkan lagi, tetapi kalau dia (Zul) dikenakan tindakan, memang boleh menjadi pengajaran kepada syarikat produksi lain yang nak buat filem atau drama, kena berhati-hati dan jangan sentuh isu sebegini,” katanya.

Menurutnya, semua pihak tahu apa yang dipaparkan dalam drama atau filem berlaku dalam realiti kehidupan, namun ia tidak manis untuk ditunjukkan dalam lakon layar.

“Jangan kita nak bandingkan dengan drama Indonesia yang sangat terbuka dengan adegan sebegini, kita kat (di) Malaysia tidak sesuai macam ini,” katanya.

Menjawab sama ada persaingan dengan drama luar negara menyebabkan pengarah tempatan semakin berani, Salawati berkata, tidak timbul isu itu sekiranya jalan cerita yang dipaparkan menarik dan sesuai untuk tontonan.

“Kalau cerita bagus, ‘rating’ tinggi juga, macam (contoh) drama Nur… siap tutup aurat, elok saja diterima penonton. Jalan cerita yang masyarakat nak, bukan aksi sebegitu,” katanya.

SKMM sahkan Zul Ariffin disi4sat hari ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pelakon popular, Zul Ariffin hadir di ibu pejabatnya di Cyberjaya, hari ini.

Pegawai SKMM mengambil keterangan pelakon berkenaan susulan tindakannya memuat naik video babak panas dalam drama Perempuan Itu lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa di Instagram, baru-baru ini.

Jurucakap SKMM ketika dihubungi hari ini dalam jawapan ringkasnya mengesahkan kehadiran Zul di ibu pejabatnya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter berkata, Zul akan disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berhubung perkara itu.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang menyalahi undang undang,” tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran sama, Annuar berkata, adegan seperti dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan lain.

KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*