Ger4m Muka Kena Pangk4h Dalam MV… Iqbal Mula Ded4h R4hsia Cincin Permata RM100,000

KONFL1K membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli memasuki episod baharu apabila kali ini jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya.

Tampil menjawab beberapa persoalan netizen itu, Iqbal mendedahkan Vida mengakui MV lagu berkenaan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak k3sampaian mereka dahulu.

“Ramai yang tanya, adakah saya rasa lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida ditujukan untuk saya? Ya! Dari awal beliau beritahu begitu dan di saat pertama lagu itu, kalau perasan muka yang dipangkah dalam gambar atas meja itu adalah muka saya.

“Cerita di sebalik cincin ini sebenarnya begini… dulu DSV selalu mahu berikan saya hadiah. Seperti jam, beg, pakaian yang berharga ratusan ribu tetapi tidak pernah sekali saya terima kerana saya mahu jaga hati staf-staf lain yang sudah lama bekerja. Lagipun saya tidak mahu berhutang budi dan disalah anggap saya mahu harta orang.

“Saya tak pernah terima apa pun barangan dari DSV. Saya selalu bagi hadiah barangan berharga kepada beliau. Banyak orang tak tahu. Apa yang orang tahu cuma hadiah beg bernilai RM30,000 sahaja yang saya berikan,” katanya.

Iqbal tulis luahan di Insastory.

Iqbal mendedahkan mengenai perkara itu menerusi Instastory pada Selasa.

Dalam MV berkenaan, terdapat satu babak Vida merenung beberapa foto yang dipangkah termasuklah foto Iqbal.

Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya!

Selain itu, aksi Vida memulangkan cincin bertatahkan batu permata kepada pelakon MV berkenaan iaitu Qush turut mempunyai kaitan dengan penyanyi lagu Hujan itu.

Berkongsi mengenai cincin permata berkenaan, Iqbal berkata DSV mendesaknya menerima barang berharga itu kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

Babak yang dikatakan ditujukan kepada Iqbal dalam MV lagu Ku Ikhlaskan.

“Tiga tahun lalu, beliau mahu beri permata tersebut untuk banggakan kepada orang ramai bahawa ini pemberiannya supaya setiap kali saya bersiaran di TV orang boleh nampak, lagi pun itu ada nilai tinggi.

“Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau beritahu ingin hadiahkan kepada saya. Saya kecil hati kerana setiap apa yang beliau minta saya boleh tunaikan dalam sehari sahaja, tetapi beliau tidak pun serius untuk saya.

“Jam tiga pagi beliau datang rumah saya beliau kata… kalau awak tidak sanggup berkahwin dengan saya pun, terimalah permata ini untuk tebus k3silapan saya. Saya masih ingat ayat yang beliau sebut… sebagai orang yang pernah awak sayang dalam hidup awak.

“Permata tersebut memang mahal, anggaran harga RM100,000 ke atas. Beliau tak pernah tunjuk kepada orang lain selain saya dan anak-anak. tetapi bukan kerana mahalnya permata itu, saya mampu beli sendiri.” ujarnya.

Kos MV RM400,000 dah boleh siapkan pusat tahfiz! Shahrulezad tegur niat Vida guna agama raih ‘view’

TINDAKAN usahawan Datuk Seri Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan mengundang rasa kurang senang pengarah Shahrulezad Mohameddin.

Sharulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata dia terpaksa memberi teguran kerana menganggap Vida menggunakan sentimen agama bagi tujuan peribadi.

“Serba salah nak tegur sebab kami berkawan di IG tapi saya kena juga cakap. Saya tak pernah ambil kisah isu dia dengan Iqbal atau dia nak jaja kisah hidup.

Pembantu peribadi Vida iaitu Qush turut membintangi MV lagu Ku Ikhlaskan.

“Saya tak ada masalah dengan MV dia. Tapi apabila dia gunakan sentimen agama untuk tujuan peribadi, saya kena tegur sebab jelas sangat macam menunggang agama.

“Nak jual kisah hidup… nak habiskan RM400,000 untuk MV, itu hak dia tapi jangan menggunakan sentimen agama… tak baik,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Terdahulu, Shahrulezad menerusi Instagram miliknya turut memohon agar Vida berhenti menggunakan agama hanya untuk melariskan MV lagu terbaharunya itu.

Shahrulezad mempertikaikan niat Vida yang mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak dengan mengajak orang menonton MV berkenaan.

Saya tak nak bergaduh dengan sesiapa atau DSV tapi seseorang kena beritahu dia, apa yang dia buat itu salah.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Nur ini juga mencadangkan agar Vida bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kerja amal tanpa melibatkan kepentingan peribadi.

“Saya tak nak bergaduh dengan sesiapa atau DSV. Tapi seseorang kena beritahu dia, apa yang dia buat itu salah. Tak salah nak ajak orang buat amal waktu bulan Ramadan.

MV Ku Ikhlaskan sudah mencecah 1 juta tontonan dalam masa sehari.

“Tapi lebih manis, kalau dia buat kempen dana bantu anak yatim atau golongan asnaf itu tanpa melibatkan MV atau kepentingan peribadi.

“Mungkin dia boleh bekerjasama dengan NGO atau dia mulakan tabung dana dengan letak RM100,000 dan ajak peminat serta followers untuk menyumbang sekali.

“Dia boleh keluarkan RM400,000 untuk MV, jadi apa salahnya keluarkan duit sikit untuk buka tabung lain yang tiada kena mengena dengan MV itu,” ujarnya.

SUMBER: MSTAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://trendingsangat.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*