“Sebelah Pagi Saya Minum Air Kosong Dan Lemon Bersama Oat, Kemudian…,” – Usaha Kembali Ke Figura Ideal, Ini Cara Fazura

Bintang popular, Fazura tidak menafikan proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, berat badannya pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg) ketika mengandungkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu bagaimanapun mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh sihat.

“Saya berusaha (menguruskan badan). Antara lain mungkin sebab sibuk kadang terlupa makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.

“Sudah tentu saya amalkan produk dari TruDolly juga. Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya.

Isteri pelakon Fattah Amin itu berkongsi ketika ditemui di Baraqah Jumaat bersempena pelancaran koleksi telekung Fazura X Muhayya, di Sunway Damansara, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dia sebelum ini menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.

“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar  akan makan buah sajalah.

“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.

“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.

“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya.

Koleksi Rindu Ramadan boleh dimiliki mulai  25 Mac sementara bagi yang berminat dengan Sayang Syawal, ia dijual mulai 8 April depan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*