Azmi Caliph Buskers Mended4hkan Em0si Isteri Belum Stabil, “Ada Kalanya Tiba-tiba Menangis…”

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mended4hkan em0si isterinya, Nazirah Muhammad masih lagi belum stabil selepas pemergian anak, Khairul Afnan Khairul Azmi yang men1nggal dunia pada 30 September lalu.

Menurut Azmi, dia akan isteri sehingga kini masih menziarahi pus4ra arw4h Afnan.

“Alhamdulillah sekarang saya okey, cuma saya dan isteri akan ke pus4ra arw4h anak sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa yang penting adalah untuk tenangkan em0si isteri memandangkan kami jarang ada masalah dalam rumah tangga.

“Bagi saya, soal kehilangan adalah masalah yang paling besar terjadi. Mungkin sebab kami menunggu zuriat sudah lama, jadi apabila dia (anak) pergi sudah pasti ia satu kerinduan berat.

“Malah, ada ketikanya dia tiba-tiba akan menangis rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata. Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memelvknya dan meminta dia untuk bersabar atas ujian daripda-Nya,”’katanya.

Azmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kempen Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor.

Menurutnya lagi, buat masa ini dia belum merancang untuk mengambil anak angkat atau meminta isterinya menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata baru.

“Setakat ini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat kerana soal zuriat perancangan Allah SWT.

“Lagipun usia kami masih mampu untuk merancang zuriat. Saya bimbang kalau ambil anak angkat nanti, tiba-tiba ada anak sendiri dan risau akan terbahagi kasih sayang itu.

“Jadi seeloknya saya tunggu saja rezeki daripasa Ilahi. Mengenai rawatan IVF pula memang ada berbincang dengan isteri tapi belum ke fasa serius,” katanya.

Terdahulu Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September tahun lalu akibat keg4galan fungsi otak. 

Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*