Rupanya Ini Punca Sebenar Kenapa Susu Nilofa Diberikan Secara Percuma Sampai Ramai Yang S3rbu Dan Ambil Berkotak-kotak

Sudah sedia maklum satu Malaysia amat mengenali selebriti yang bernama Neelofa, dia bukan saja pakar dalam bidang hiburan, malah turut mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perniagaan.

Salah satu perniagaannya yang dikenali ramai adalah Nilofa iaitu produk yang menjual susu minuman yang mula dikenali sekitar tahun 2019.

Terdapat beberapa perisa yang dikeluarkan oleh beliau seperti pisang, durian, kurma dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, baru-baru ini kec0h di media sosial memaparkan beberapa buah kereta sedang beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang dan difahamkan, sesiapa saja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

“Tak Rasa Apa Langsung!” – Berkotak Kotak Netizen Ambil, Rupanya Susu Nilofa Dah Nak ‘Expired’?

Namun, apabila meninjau di setiap ruangan komen hantaran yang memaparkan video terbabit, ada yang memberitahu sebab susu tersebut dibenarkan untuk ambil secara percuma berkotak-kotak kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.

KOMEN NETIZEN:

komen tentang susu Nilofa

Dalam pada itu, ada juga yang memberitahu susu terbabit boleh didapati secara atas talian dan hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

VIDEO:

Sumber : BeautifulNara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*