“TV AlHijrah tak pilih bulu, sesiapa pun layak jadi tetamu macam Kak Long 7E”-CEO

SELEPAS kontroversi menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E menjadi tetamu rancangan Trending, ada netizen mengkritik tindakan stesen TV AlHijrah yang dilihat hanya mengundang individu kontr0versi dalam program mereka.

Tampil menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Namanzee Harris berkata stesen berkenaan terbuka mengundang sesiapa sahaja personaliti yang bersesuaian untuk menjadi tetamu program berkenaan.

“Kita melihat isu Kak Long sebelum ini sebagai proses kematangan dalam penerbitan program kami dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Kita memang tak pernah memilih bulu menjemput sesiapa, ramai personaliti media sosial dan influencer yang dah diundang sebelum ini, cuma ada antara mereka yang belum sampai masanya dan belum ada program yang sesuai.

“Kita sentiasa beri ruang kepada semua, kalau mereka ada cerita perjalanan penghijrahan dan mahu berkongsi kisah dakwah mereka kita terbuka untuk menjemput,” katanya kepada mStar.

Kak Long (tengah) bersama PU Amin (kanan) dan Ustazah Isfadiah.

Namanzee ditemui semasa majlis pelancaran kempen Ramadan Syawal 1443H dan aplikasi terbaharu TV AlHijrah yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, stesen TV AlHijrah dikec4m netizen kerana menjemput Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, sebagai tetamu program berkenaan.

Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak stesen TV berkenaan tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan isi kandungan program tersebut dan menafikan dakwaan mengangkat Kak Long sebagai seorang ikon.

Kontroversi berkenaan turut menarik perhatian seorang jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Irfan Khairi.

Teguran jutawan berusia 45 tahun itu terhadap TV AlHijrah disampaikan dalam nada humor namun mempunyai maksud yang mendalam.

Rata-rata netizen bersetuju dengan ‘teguran’ yang disampaikan Irfan malah mereka berpandangan adalah lebih bermanfaat sekiranya menjemput individu yang berjaya sebagai tetamu program.

Nama Kak Long kembali jadi perbualan hangat netizen selepas tular video berlakon seperti OKU.

Meskipun dikec4m teruk, Namanzee berkata AlHijrah sentiasa berlapang dada dan terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai program terbitan mereka.

“Kita sentiasa terbuka dengan maklum balas orang ramai. Program Trending tidak dihar4mkan atau ditangguhkan. Episod membabitkan individu itu sahaja kita put on hold. InsyaAllah kalau waktu dah sesuai kita nilaikan semula keperluan menyiarkan episod berkenaan.

“Program Trending akan diteruskan dengan pengisian berbeza. Rancangan ini berbeza dengan program televisyen lain kerana kita mengangkat isu tular dan bagaimana seorang Muslim sepatutnya berinteraksi terhadap isu tular.

“Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi. Kami berlapang dada. Apa yang disebarkan di media sosial secara tak baik itu kita ambil pengajaran,” ujarnya.

Trending turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta Pencetus Ummah (PU) Amin yang bertindak sebagai pengacara.

Polis Selangor rekod keterangan ‘Kak Long 7E’ k3s hin4 OKU

Dalam perkembangan lain, Polis merekod keterangan Wan Noor Baizura, 33 atau lebih popular dengan gelaran ‘Kak Long 7E’ pada Rabu berhubung si4satan didakwa menghina dan memperlekehkan nasib orang kurang upaya (OKU) dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.

Pemangku Ketua Jabatan Si4satan Jen4yah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari.

“Keterangan wanita itu diambil pada hari ini (Rabu) di IPD Subang Jaya untuk si4satan lanjut.

“Tindakan ramp4san juga akan dibuat yang mengaitkan dengan si4satan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambahnya, k3s disi4sat di bawah S3ksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) dan Seksyen 504 Kanun k3seksaan.

Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kec4man hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kec0hnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

Pada Selasa, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sebanyak enam laporan diterima membabitkan k3s terbabit di seluruh negara iaitu dua di Selangor manakala satu laporan masing-masing di Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Rohaimi berkata, pihaknya telah menyerahkan k3s tersebut kepada polis Selangor memandangkan kertas si4satan telah dibuka di negeri itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*