Wan Maimunah Berlakon Pen4t-Pen4t Tapi Tak Dibayar, Air Mata Tump4h Lagi!

Penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, berkata dilema tersebut sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada, hingga menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.

“Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini. Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yang dibayar kepada kami kerana kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar, pengurus produksi yang tak bayar

“Banyak orang tidak tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri dan disebabkan minat, mereka telan juga,” katanya kepada Bernama.

Wan Maimunah yang sudah 50 tahun terbabit dalam industri seni tanah air, berkata beliau kini lebih selesa bekerja secara sukarela mengikut kehendak sendiri daripada menerima tawaran tetapi dibayar seadanya.

Pelakon serba boleh yang sinonim dengan watak air mata itu juga berkata bakat yang ada pada seseorang pelakon atau seniman di negara ini tidak dipandang tinggi oleh pihak tertentu terutama syarikat produksi drama, sebaliknya mereka lebih melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.

“Sangat berbeza di luar negara kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada pada seseorang seniman. Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi horm4t1 mereka,” kata pelakon kelahiran Tebrau, Johor itu.

Video Wan Maimunah sebak dikunjungi Ustaz Sheikh Mohammad menjadi tular, baru-baru ini. – Foto Instagram Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin

Terdahulu, Wan Maimunah yang juga pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian dari 1992 hingga 1996/1997, berkata sumbangan dan sijil penghargaan yang diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.

Beliau berkata sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yang tidak melupakan golongan seniman di negara ini dan menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.

Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe

Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah.

Galau, kerinduan, emosi keibuan Wan Maimunah

Pelakon yang pernah memenangi trofi Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) untuk lima tahun berturut-turut (1992 – 1996) itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih atas k3sudian HibGlam.

Bukan sahaja menjadikannya penghias muka surat hadapan tetapi menyatukan dengan dua orang sahabat industrinya, Norlia dan Fauziah. Itu sangat nostalgik!

“Terima kasih nak (anak) sudi borak-borak dengan ibu (pengganti diri Wan Maimunah). Susah-susah ambil ibu di Ijok, Kuala Selangor, pakaikan ibu baju cantik-cantik.

“Paling penting dapat kumpulkan ibu dengan Kak Norlia dan Fauziah. Bukan senang nak buat. Kami ini orang tua banyak songeh (tertawa),” kata anak seni kelahiran Johor Bahru itu.

KINI berusia 67 tahun, Wan Maimunah tidak sabar menanti hari temu janji v4ks1n cov1d-19 yang sehingga artikel ini ditulis, masih tak kunjung tiba ke pengetahuannya.

V4ksin

Galau bersulam kerisauan terhadap situasi mencanak penularan cov1d-19, wanita yang lebih molek penulis bahasakan ibu juga itu berkata, sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab, dia menjalankan setiap saranan kerajaan sehabis baik.

Dari segi kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pendaftaran v4ks1nasi dalam aplikasi MySejahtera, semuanya tidak tergamak diingkari. Sesungguhnya, dia amat merindui suasana lebih setahun lalu, sewaktu dunia bebas daripada wabak maut berkenaan.

“Tak tahu nak cakap macam mana sekarang ini. Bagi ibu, semua yang berlaku ada hikmah dan atas ketentuan Allah. Bukan bermakna ibu berpeluk tubuh atau ‘terlentang’. Tidak sama sekali.

“Sebagai orang tua, hidup ibu pun mungkin tak lama lagi, tetapi perjalanan masih panjang buat anak-anak muda.

“Kalau ibu boleh taat kepada saranan kerajaan dan buat apa yang patut, kenapa segelintir daripada orang muda tak boleh buat perkara sama,” ujarnya mula beremosi.

Katanya, bermacam-macam versi cerita yang disebarkan baik melalui media sosial mahupun aplikasi perbualan yang sudah seperti menjadi resmi saban hari iaitu, WhatsApp.

“Ibu tak nafikan, selalu dapat mesej mengatakan v4ks1n tak bagus, nanti kalau cucuk v4ks1n badan kita bertukar DNA. Tidak kurang ada yang kata v4ks1n ini, agenda Yahudi untuk melemahkan umat Islam.

“Sebagai orang tua, ibu pun runsing, nak percaya atau tidak. Tetapi mujur ada anak angkat yang ibu tinggal bersama sekarang (Ita) selalu beritahu, apa yang boleh dipercayai dan apa yang sebaliknya.

KATA Wan Maimunah, kedua-dua anaknya sekarang menetap di Damansara, Selangor. Aidilfitri lalu, mereka hanya dapat berhubung melalui panggilan telefon kerana PKP 3.0.

k3sihatan

“Ibu sebenarnya tak sabar nak div4ks1n. Hari-hari ibu periksa aplikasi MySejahtera nak tahu sama ada giliran ibu sudah sampai atau belum.

“Tetapi sampai sekarang masih belum ada keputusan, tetapi tidak mengapa, kita tunggu sahaja kerana mungkin orang lain lebih memerlukannya,” katanya.

Ditebak pertanyaan status k3sihatannya sekarang, Wan Maimunah yang sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital disebabkan masalah berkaitan bengkak jantung dan jangkitan kuman dalam paru-paru berkata, kondisi tubuhnya baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah, walaupun usia semakin mencemburui, ibu sihat. Ibu ada komplikasi yang digelarkan ‘paru-paru sempit’.

“Disebabkan itu, ibu kena sedut nebuliser atau sejenis pam pakai buang untuk menstabilkan paru-paru satu bekas setiap bulan. Tetapi jangan risau, buat masa sekarang, semuanya okey.

“Kena jaga makan sahaja. Apabila sudah berusia, makan kena pantang sikit, bukan macam waktu muda dahulu, semua benda kita sauk (ketawa).

“Tak usahlah tanya berapa kos perubatan ibu. Setakat ini, ibu boleh tanggung sendiri. Anak-anak ‘anugerah Allah’ ramai,” katanya yang sudah menganggap anak-anak angkatnya seperti darah daging sendiri.

Luahan tersebut seperti membawa penulis ke topik selanjutnya. Wan Maimunah menitipkan pesanan kepada semua anak muda yang tidak berpeluang pulang ke kampung agar sentiasa bertanya khabar tentang orang tua masing-masing.

WAN MAIMUNAH percaya, setiap anak seni yang yang mencari rezeki dalam sektor hiburan tanah air perlu memberikan teladan yang baik kepada masyarakat.

 

Batu nisan

“Rajin-rajinlah telefon orang tua di kampung. Kalau ada data lebih, buat panggilan video. Ibu bapa tidak mengharap sangat pun duit anak-anak, sebaliknya sentuhan dan perhatian bersifat kasih sayang itu yang paling berharga buat mereka.

“Jangan nanti, dah jadi batu nisan baru nak telefon. Sementara mereka (ibu bapa) masih hidup, inilah waktu untuk anak-anak bersembang walaupun dengan hanya panggilan telefon,” katanya yang baru-baru ini muncul dengan drama terbaharu, Tak Sempurna Mencintaimu.

Tambah pelakon yang cukup dikenali menerusi telefilem Terlerai Takbir Kasih itu, hati orang tua sangat sensitif terutama apabila usia semakin bertambah.

Katanya, dram4t1s yang pernah membintangi drama Frontliner itu juga, anak-anak yang sedang mendepani kehidupan serba pantas dan sibuk mengejar harta duniawi, tidak berasa terbeban seandainya ibu bapa mereka berubah perangai menjadi sedikit kebudak-budakan.

“Jangan rasa terbeban andai suatu hari nanti, ibu bapa berperangai kebudak-budakan dan mudah terlupa.

“Ibu percaya orang tua di kampung akan selalu ingat anak-anak. Tetapi, tak semua anak-anak ingat orang tua mereka di kampung. Mungkin sukar ditelan realiti tetapi itu yang berlaku.

“Jadi, ibu percaya, ada hikmahnya Allah turunkan cov1d-19. Antaranya, supaya kasih sayang antara orang tua anak anak-anak lebih dihargai. Insya-Allah, kita semua kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan ini,” ujarnya menggulung perbualan.

Sumber & Foto: Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*