”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!

Siapa yang tak kenal dengan susuk tubuh bernama Che Ta, selebriti yang popular dan tetap anggun menawan.

Meskipun sudah berusia 40-an, wajah dan penampilannya yang dikatakan tidak dimamah usia.

Bukan hanya dirinya, bahkan  adik beradik perempuan yang lain juga memiliki wajah yang jelita serta awet muda.

Melihatkan wajah awet muda si ibu, tahulah dari mana anak- anak mewarisi kejelitaan tersebut.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, isteri kesayangan Zain Saidin ini memuatnaik satu video yang memaparkan majlis meraikan ulangtahun perkahwinan adiknya, Datin Wira Rohaiza Che Wan.

Perkongsian video dan ucapan tersebut meraih perhatian warganet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Rata-rata memuji kecantikan adik Che Ta ini yang ala-ala model. Turut kelihatan ada bersama adalah ibu Che Ta, adik beradik yang lain serta adik ipar Che Ta iaitu Lan Pet Pet.

Sebelum ini, Datin Wira Rohaiza pernah menjadi perhatian ramai kerana kekal cantik walaupun anak ramai.

Dalam satu temu bual bersama majalah Nona,  Datin Wira Rohaiza yang lebih mesra dipanggil Jaja berkongsi tips kecantikannya. Menurutnya, dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, rahsia beliau untuk kekal langsing juga kerana menyusukan anaknya.

Bukan itu sahaja, Jaja juga akui anak-anaknya tidak banyak karenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya. Bercakap mengenai penampilan, dia sendiri suka untuk kelihatan cantik. Tidak terlalu berfesyen, tetapi suka kelihatan kemas setiap masa. Rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.

Komen Netizen

cardigan_stylista Mmg lawa2 family che ta 😍

nur_atikah0802 😍😍😍❤️❤️❤️ seiras betul muka kak Ruby dengan kak Ayu Raudhah😍😍 

byjehanna Cantik cantik adik beradik Che Ta😍

cikpuanauni_elyss Happy anniversary datin wira and datuk wira 

  cik_scharose06 Keturunan cantik2 ..MashaaAllah 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*