Anggap Seperti Pasangan Serasi, Peminat & Rakan Selebriti Us1k Zizan Razak & Daiyan Trisha

Baru-baru ini pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak berkongsi gambar bersama aktres jelita Daiyan Trisha yang dilihat datang ke restoran makanan Korea yang diusahakan oleh pelawak itu sekaligus membuatkan rakan selebriti dan peminat mengusik kedua-dua selebriti tersebut.

Zizan Beri Kapsyen ‘Sweet’

Menerusi hantaran di Instagram, Zizan turut berkongsi kapsyen yang lucu dan  romantis ditujukan buat aktres jelita itu.

“Baru saya tau dia suka makan makanan Korea. Tapi semalam dia tak layan saya sebab asyik makan je. Dia cakap dia lapar dan tak dinner. So saya ajak la makan. Lepas dia kenyang dia asyik ketawa je.”- tulis Zizan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Peminat Usik Zizan & Daiyan

Ruangan komen di hantaran itu, disusuli dengan komen dari rakan selebriti dan peminat yang turut mengusik Zizan dan Daiyan. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan mereka seperti serasi di antara satu sama lain.

“Hahhaa caption omg”

“Ke Zizan yang bahagia sekarang?

“Tak faham la, cuba kahwin”

“4 bulan kemudian atas pelamin sudah”

“Asyik post je, memang confirm jadi ni” komen mereka

Sekadar info, Zizan dan Daiyan akan bergandingan menerusi sebuah filem berjudul Rompak yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*