Berlakon Sampai Masuk Longk4ng, Dedikasi Dayana Roza Buat Peminat Kagum

Pelakon jelita dan berbakat, Dayana Roza memuatnaik video klip babaknya berlakon di dalam longkang menarik perhatian orang ramai di media sosialnya.

Tak Merungut Sebab Minat Dalam Lakonan

Bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon profesional, namun kerana minat dan sayang dalam lakonan ia boleh dilakukan dengan sepenuh jiwa. Begitulah yang dilalui Dayana, aktres ini tidak merungut apabila perlu berlakon jatuh dalam longkang.

Foto – Instagram @dayanaroza

“Longkang tu busuk gais tapi kalau dah nama pelakon, dalam skrip tulis jatuh longkang kau redha je lah. Tiada rungutan sebab saya (emoji hati) kerja saya. Bila lagi nak rasa lepak dalam longkang yang harum semerbak kan.

Hebat lakonan pa saya @iqbxxlz , lepas ni kalau dia dapat tawaran berlakon jenuh lah nak kena cari pa lain” tulisnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Peminat Kagum Dengan Dedikasi Dan Doakan Yang Terbaik

Melihat muat naik pelakon tersebut membuatkan peminatnya memberi kata-kata semangat dan komen yang positif terhadap dedikasi Dayana dalam kerja yang dilakukan.

Foto – Instagram @dayanaroza

“Hebat, mencabar juga ya duduk dalam longkang tu”

“Adeh hai kesian, sabar je lah.. Harap D okay tak cedera”

“Hebat D…. Semoga nama D melonjak naik seperti artis lain yang berjaya..” komen peminat

Bukan senang nak jadi pelakon, tabiklah Dayana. Tak sabar nak tunggu Suci Dalam Debu arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli ditayangkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*