Oyen Tak Nak Turun Dari Bumbung Kereta, Siap Pandai Menjawab Bikin Terhibur

Kucing memang mempunyai satu hobi iaitu kebanyakan kucing suka duduk di atas kereta. Jadi walaupun pemilik kucing ini ada yang sayangkan kereta tetapi ada yang lagi sayangkan kucing berbanding dengan kereta mereka dan biarkan sahaja kucing melepak atas bumbung kereta.

Terkini sebuah video telah tular di aplikasi Tik Tok apabila seekor kucing berwarna oren yang sedang melepak di atas bumbung kereta menarik perhatian ramai. Bila disuruh untuk turun, menjawab pulak tu, sampaikan tuan punya kereta memberikan “r4suah” barulah turun.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah si oyen itu pandai menjawab setiap kali lelaki itu memintanya turun daripada bumbung keretanya itu. Seolah- olah dia memahami. Malah netizen turut terhibur melihat gayanya ini yang kelihatan seperti g4ngster kawasan sahaja.

Selepas beberapa ketika meminta untuk turun, akhirnya lelaki itu memberinya r4suah makanan, barulah si oyen itu mahu untuk turun dari kereta itu dan menikm4ti makanan itu. Sebelum memandu pergi sempat lagi lelaki tu mengucapkan selamat tinggal sambil si oyen menjamu selera.

Video:

@redfinger808 Oyen kekwat kawasan keramat ni boss 😂 #catsoftiktok #catlover #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – redfinger

Apabila menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang geli hati melihat kucing itu menjawab bila lelaki itu mahu dia turun dari kereta itu. Netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu menunggu ganjaran dari lelaki itu selepas dia menjaga keretanya itu.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Tiktok redfinger808

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*