Hasil Lagu Baharu Untuk Pusat Tahfiz, Shahrulezad Rayu Vida Jangan Tungg4ng Ag4ma!

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin tampil menitipkan pesanan  buat  Dato Seri Vida(DSV).  Ia susulan jutawan kosmetik itu menyatakan bahawa penghasilan single dan video muzik (MV) lagu Ku Ikhlaskan sebagai usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya di Ipoh, Perak.

Please Jangan Tungg4ng Agama Kita Dato’”

Menerusi hantaran di Instagram, Shahrulezad berpesan kepada Vida untuk tidak memperlekehkan agama. Malah, dia turut dan berpendapat kos penghasilan MV yang menelan ratusan ribu itu lebih baik sekiranya disedekahkan kepada pusat tahfiz dan anak yatim.

“@datoserivida dengan rendah diri saya merayu. Please jangan tungg4ng agama kita Dato’ tolonglah. Saya rayu ni.

Duit 400k buat MV tu lagi bagus dato sedekahkan kat tahfiz anak yatim dari buat MV mahal mahal macam tu pastu Dato dengan gula gulakan kami dengan strategi marketing murahan ni.

Dato nak pujuk orang tengok MV Dato tak per. Buat lah. Tapi jangan buat cara l4curkan agama macam ni yer, Please la.”-pesan Shahrulezad

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Mohon Maaf Kerana Terpaksa Beri Teguran

Di kesempatan itu, Shahrulezad turut memohon maaf kepada jutawan kosmetik itu kerana terpaksa memberi teguran atas kenyataan DSV yang disifatkan sebagai keterlaluan.

“Sorry la Dato kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur jugak coz this is too much laa. Saya jadi triggered. Statement Dato kat Harian Metro ni memang mencabar saya untuk tidak berkata apa.

Maafkan saya kalau kata-kata saya ni menggvris hati Dato dan die hard fan Dato. Saya akan off commenting sebab saya tak nak orang dok berg4duh sesama sendiri kat sini mem4ki Dato. Mem4ki saya balik. Peace.”- katanya

Memetik laporan Harian Metro, Vida mendedahkan bahawa penghasilan single dan video muzik (MV) lagu Ku Ikhlaskan adalah sebagai usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya iaitu Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak. Selain itu, Vida turut mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*