Ingat Lepas Mintak Maaf, Delete Dh Settle, Sekali Menteri Ded4h Tind4kan Yg Di Ambil Terhadap Zul Ariffin

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disi4sat mengikut S3ksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip video ‘panas’ di laman sosial baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Annuar berkata, pelakon itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disi4sat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting’ YouTube yang menyalahi undang undang,” katanya.

Annuar memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman Twitter miliknya pada pagi Selasa.

Katanya, beliau juga memaklumkan bahawa adegan lakonan seperti yang dikongsi pelakon itu tidak akan dibenar tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.

Ujarnya, K-Kom tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat stesen televisyen yang mel4ngg4r garis panduan yang ditetapkan.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul, 36, diser4ng netizen selepas dia memuat naik babak gh4irah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di platform berkenaan.

Ramai kurang senang video babak panas dikongsi Zul di Instagram.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Selepas teruk dikec4m, Zul akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram pada Isnin.

Jakim bantah penyiaran drama ‘Perempuan Itu’

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menentang keras penyiaran drama ‘Perempuan Itu’ yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff menegaskan, sebarang bentuk program seumpama ini jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak.

Beliau berkata, drama sebegini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan mulia ketika seluruh umat Islam melaksanakan ibadat berpuasa.

Dalam hal itu, Jakim sudah menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu ini kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

“Jakim menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan para pelakon agar lebih cakna dan mengelakkan isu-isu seumpama ini.

“Ini kerana ia akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja dengan budaya dan norma bersalahan dengan ajaran Islam dan amalan murni masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata, Jakim tidak berkompromi dengan isu-isu seumpama ini dansentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa berkenaan bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ia tidak berulang.

Sebelum ini tular sedutan drama itu yang memaparkan aksi pelakon tidak senonoh sehingga mendapat bantahan ramai pihak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*